Babab.net

Showing posts with label lawak 18sx. Show all posts
Showing posts with label lawak 18sx. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Lawak #20: [18SX] Rawatan hipnosis


Seorang wanita pulang ke rumah memberitahu suaminya dengan penuh kegirangan, "Abang ingat lagi tak pasal sakit kepala yang Ana alami selama ini?  Ana dah pulih!"

"Huh?  Dah tak sakit lagi dah?" suaminya bertanya, "Camner tuh?"

Isterinya menjawab, "Mak Limah jiran kita tuh suruh Ana try rawatan hipnosis.  Ana pun try lah.  Hipnotis tuh suruh Ana berdiri depan cermin, tenung diri dalam-dalam dan mengulangi 'Kepala Ana tak sakit; Kepala Ana tak sakit; Kepala Ana tak sakit;'  Ia berkesan!  Sakit kepala Ana dah hilang!"

Suaminya menjawab, "Wah... semudah itu?  Tapi apekemendenye 'hipnosis' tuh?  Hehe..."

"Ish abang nih.  Memain pulak.  Abang kan belajar sampai ke PhD?  Takkan lah hipnosis pun tak tahu?" isterinya mencubit manja suaminya.

Isterinya kemudian dalam tersipu-sipu berkata, "Ummm... abang... abang kan sejak kebelakangan nih kurang bertenaga semasa... ummm... kita gitu-gitu.  Apa kata abang juga try jumpa hipnotis tuh... mungkin dia dapat membantu?

Suaminya kemaluan tapi bersetuju dalam keberatan.

Keesokan harinya...

Sekembali suaminya daripada berjumpa hipnotis itu, dia terus membogelkan diri dan mengangkat isterinya ke kamar tidur mereka.  Dia meletakkan isterinya di atas katil lalu berkata, "Jangan ke mana-mana. Abang nak ke bilik air kejap..."

Beberapa minit kemudian dia keluar daripada bilik air lalu menerkam ganas isterinya di katil bagaikan singa kelaparan.  Maka berlakulah adegan 18SX yang amat power.

Setelah selesai, isterinya berkata, "Wow!  Abang sungguh hebat!"

Suaminya tersenyum bangga lalu berkata, "Jangan ke mana-mana.  Abang nak ke bilik air kejap".

Sekembali suaminya daripada bilik air, maka berlakulah adegan 18SX pusingan kedua yang lebih hebat berbanding pusingan pertama tadi.

Selesai pusingan kedua, isterinya sudah mulai pening-pening lalat akibat terlalu ghairah.

Sekali lagi suaminya berkata kepada isterinya, "Jangan ke mana-mana.  Abang nak ke bilik air kejap".

Isterinya mula berasa pelik.  Maka dalam diam-diam isterinya menskodeng suaminya di bilik air.  Dia melihat suaminya berdiri di depan cermin sambil berbisik, "Dia bukan biniku tapi Neelofa;  Dia bukan biniku tapi Neelofa;  Dia bukan biniku tapi Neelofa;  Dia bukan biniku tapi Neelofa!"

Suaminya akan dikebumikan esok.


Sumber gambar dari sini.


Tuesday, June 19, 2012

Lawak #19: Rahsia usia sebenar seseorang wanita



Sumber gambar dari sini.

Seorang wanita baru sahaja menjalani rawatan wajah sempena hari jadinya.  Wanita itu membelanjakan lebih kurang RM5,000 dan berasa sangat puas hati.

Dalam perjalanan pulang, dia singgah sekejap di sebuah kedai mamak untuk membeli suratkhabar.  Semasa membayar, dia menduga mamak tuan punya kedai itu, "Mamak, boleh tanya sikit tak?  Awak agak-agak berapa umur saya sekarang nih?"

"Lebih kurang 30 tahun", mamak itu menjawab.

"Tak der lah, sebenarnya umur saya dah masuk 50 tahun!" jawab wanita itu riang kerana orang menyangkanya lebih muda dengan wajah barunya itu.

Tak lama kemudian, dia singgah pula di KFC.  Semasa mengorder ayam, wanita itu menduga pula awek kaunter itu dengan soalan yang sama.

Awek itu pun menjawab, "Entah ler, rasanya dalam 29 tahun kot?"

Bukan main happy lagi wanita itu.  "Tak der lah dik... akak dah berumur 50 tahun dah nih!"

Semasa menunggu bas, wanita itu duduk bersebelahan dengan seorang pakcik tua.  Sebab boring tunggu bas lambat sangat, wanita itu sekali lagi nak try test pula dengan pakcik tua itu dengan soalan yang sama.

Pakcik itu pun menjawab, "Pakcik dah tua dah.  Umur pun dah 75 tahun.  Mata pakcik dah kabur dah, tapi pakcik boleh tau berapa usia sebenar seseorang wanita itu dengan satu cara.  Masa muda-muda dulu pakcik belajar dari seorang tok guru."

"Macam mana caranya???", tanya wanita itu teringin sangat nak tahu.

"Pakcik cuma perlu meraba bahagian sulit wanita tuh, baru pakcik boleh bagi tau dengan tepat".

Mereka berdua diam seketika.  Oleh kerana wanita itu teringin sangat-sangat nak tahu apakah cara yang digunakan oleh orang tua itu, akhirnya wanita itu berkata, "Ok... tak kisah lah pakcik, pakcik boleh raba bahagian sulit saya, saya nak tau macam mana pakcik boleh mengetahui usia saya yang sebenar dengan tepat".

"Baik lah..." kata pakcik tua itu.  Mereka berdua pun pergi ke bahagian belakang bangunan yang sunyi.  Kemudian pakcik tua itu pun melondehkan seluar dalam wanita itu dan mula lah dia meraba-raba alat sulitnya.

Seminit berlalu.

"Dah sudah ker belum???" wanita itu bertanya.  Dia merasakan semacam jer pakcik itu meraba.

"Ummmm... sabar ye?  Pakcik rasa tercabar sebab terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk memastikan usia sebenar awak..."

Maka kembang kempis lah lubang hidung wanita itu sebab bangga pakcik itu pun tak dapat memastikan usianya yang sebenar.

Selang beberapa minit, wanita itu pun berkata. "Okay! Okay!  Cukuplah tuh pakcik!  Lebih-lebih pulak!  Sekarang saya nak pakcik bagi tau berapa umur saya."

Pakcik tu pun berhenti meraba dan menjawab, "Umur awak dah 50 tahun."

Wanita itu terkejut beruk mendengarkan jawapan tepat pakcik itu.

"Fuiyooo... macam tak leh caya jer, macam mana pakcik boleh tau???", tanya wanita tersebut.

Pakcik tua itu pun dengan tersenyum lebar menjawab, "Pakcik beratur di belakang awak kat KFC tadi.  Buwehehehehe..."


Friday, April 27, 2012

Lawak #16: [18SX] Tips membesarkan anu...


Gambar hiasan diambil dari Worth100.com.

Anjoliena Geli (bukan nama sebenar) bersama suaminya membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik.  Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "Beri makan telur ayam kampung separuh masak setiap pagi.  Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur separuh masak tersedia di meja makan.

"Banyaknya telur!  Along tak larat nak makan semuanya, mak!" kata si anak.

"Eh!  Along makan satu saja. Yang lain tu untuk ayah Along..." kata emaknya.


Monday, March 26, 2012

Lawak pilihan #14


Gambar hiasan dari Google.

Suatu hari, sebuah bas kilang yang membawa pekerja-pekerja wanita dari sebuah kampung sedang menuju ke sebuah kilang elektronik yang terletak jauh dari kawasan kampung.  Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui sebuah ladang getah yang agak luas.

Nak dijadikan cerita... ketika sedang melalui ladang getah tersebut, bas itu terpaksa berhenti kerana jalan direntangi sebatang pokok getah yang tumbang.  Tiba-tiba sekumpulan 6 orang penyamun bersenjatakan pisau rambo dan bertopeng muncul dari semak-samun dan memasuki bas.

Salah seorang penyamun itu mengherdik, "Keluarkan semua barang kemas dan duit yang korang ada!!!  Cepat!!!"

Seorang pekerja kilang tu membalas, "Tapi... kami ni pekerja kilang jer... manalah ada barang kemas?  Kalau ada pun, takkan lah kami nak pakai ke kilang?  Duit yang kami ada nih pun sikit jer.  Makan pun kami bawa bekal jer..."

Penyamun itu berfikir sejenak.  "Haaa... gini lah... oleh kerana korang tak der barang kemas dan duit... kami akan rogol korang SEMUA!  BUWAHAHAHA!!!"

Awek kilang yang muda yang kat depan sekali berkata, "Alaaa... takkan lah makcik janda tua yang kat belakang tuh pun nak rogol jugak?  Kesian ler sikit?"

Tiba-tiba... makcik itu berdiri.

"Weh!  Baik kau diam, ok???  Kalau dia kata SEMUA, SEMUA lah!!!"


Friday, March 09, 2012

Lawak pilihan #12

Gambar hiasan diambil dari sini dan telah dimodified.

Pada suatu malam, satu pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka-duka, susah dan senang.  Si suami memang menyanjungi isterinnya yang bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka-duka kita lalui, susah-senang kita tempuhi, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu tertanya-tanya.  Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni... pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya, abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya tiga kali sahaja selama ni."

"Tiga kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya, "Bagaimana boleh terjadi tiga kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingat kan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.  Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan."

"Ermmmm... sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami.  "Kali kedua pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak?" si isteri menyambung cerita.

"Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia bersetuju membuat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.  Yang kali ketiga macam mana pulak?" soal si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi..."


Moral of the story, masih ada benda lagi di dunia ini yang boleh dibeli bukan dengan wang ringgit. :-p



Monday, February 27, 2012

Lawak pilihan #11


Siapa tuh?  Hehe... sekadar gambar hiasan jer.

Juliana:  "Abang Mie... jom la datang rumah.  Ana rindu la... suami Ana dah pergi oversea pagi tadi."

Helmi:  "Baiklah... malam nanti abang datang tau... nanti pandai-pandai la abang kelentong isteri abang tu..."

Juliana:  "Oh ya... sebelum datang malam nanti, abang cukur misai kasi licin dulu ye?  Abang tahu kan Ana geli dengan lelaki yang bermisai?"

Helmi:  "Alamak... yang ni susah sikit... isteri abang suka abang simpan misai ni.  Nanti dia marah pulak!"

Juliana:  "Alaaa... abang nak jumpa Ana ke tak ni?"

Helmi:  "Ok ok... Ana punya pasal... apa saja abang sanggup."

Lalu Helmi menelefon isterinya untuk memberitahu bahawa dia akan pulang lewat malam nanti kerana ada mesyuarat penting.  Di pejabat, Helmi mencukur misainya sampai licin.

Adegan setibanya Helmi di rumah Juliana terpaksa dicensored.

Jam 4 pagi baru lah Helmi sampai ke rumahnya.  Berjengket-jengket Helmi memasuki rumahnya.  Lega hatinya apabila mendapati isterinya sedang tidur nyenyak.  Dengan perlahan-lahan Helmi menyalin baju dan naik ke atas katil.  Tiba-tiba isterinya tersedar.  Dalam kegelapan itu, isterinya meraba-raba wajah Helmi yang licin itu lalu tersentak dan berkata, "Hish!  Kenapa kau tak balik lagi, Jalil???  Kejap lagi suami akak balik!!!"


* Segala nama yang digunakan di dalam lawak 18SX ini tiada kaitan dengan mana-mana
pihak sama ada yang hidup atau pun yang telah tiada lagi di dunia ini.


Moral of the story:  Suami yang baik adalah untuk isteri yang baik.  Begitu juga sebaliknya.

Thursday, January 12, 2012

Lawak pilihan #6



Sumber gambar hiasan dari sini.

Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya.  Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam:  Kambing, pekabo?

Kambing:  Baik.  Wah, ayam... bukan main lagi kau?  Kau nak ke mana hensem-hensem ni?

Ayam:  Takde ke mana.  Sesajalah nak tengok reaksi engkau.

Kambing:  Tapi kan ayam, macam mana pun kau berhias, kau jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam:  Kau kutuk aku ye?  Kau pun apa kurangnya...

Kambing:  Apsal pulak?

Ayam:  Kau nampak jer macam alim.  Berjanggut... tapi TELUR exposed! <-- klik





Thursday, December 08, 2011

Lawak pilihan #1

Sumber gambar hiasan:  Wakakapedia.

Jamal ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya.

Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.  Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.  Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu... kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan!  Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"

Jamal menjawab, "Dahsyat bu!  Telurnya pun habis bersepai!"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2