Babab.net

Showing posts with label lawak pilihan. Show all posts
Showing posts with label lawak pilihan. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Lawak #21: Kacang hijau

Gambar sumber Google.

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang doktor."
Doktor: "Apa masalah anda?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doktor."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda..."

Setelah diperiksa...

Doktor: "Ada dua cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya RM2,000... dan pilihan kedua pula percuma."
Pesakit: "Mahal sangat la, doktor.  Kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena bersabar..."
Pesakit: "Ok... tapi bagaimana caranya?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda dua kali sehari dan nanti jika sudah jadi taugeh, anda cuma perlu menariknya keluar."



Moral of the story:  Be creative when resolving problems.


Monday, March 26, 2012

Lawak pilihan #14


Gambar hiasan dari Google.

Suatu hari, sebuah bas kilang yang membawa pekerja-pekerja wanita dari sebuah kampung sedang menuju ke sebuah kilang elektronik yang terletak jauh dari kawasan kampung.  Dalam perjalanan itu mereka terpaksa melalui sebuah ladang getah yang agak luas.

Nak dijadikan cerita... ketika sedang melalui ladang getah tersebut, bas itu terpaksa berhenti kerana jalan direntangi sebatang pokok getah yang tumbang.  Tiba-tiba sekumpulan 6 orang penyamun bersenjatakan pisau rambo dan bertopeng muncul dari semak-samun dan memasuki bas.

Salah seorang penyamun itu mengherdik, "Keluarkan semua barang kemas dan duit yang korang ada!!!  Cepat!!!"

Seorang pekerja kilang tu membalas, "Tapi... kami ni pekerja kilang jer... manalah ada barang kemas?  Kalau ada pun, takkan lah kami nak pakai ke kilang?  Duit yang kami ada nih pun sikit jer.  Makan pun kami bawa bekal jer..."

Penyamun itu berfikir sejenak.  "Haaa... gini lah... oleh kerana korang tak der barang kemas dan duit... kami akan rogol korang SEMUA!  BUWAHAHAHA!!!"

Awek kilang yang muda yang kat depan sekali berkata, "Alaaa... takkan lah makcik janda tua yang kat belakang tuh pun nak rogol jugak?  Kesian ler sikit?"

Tiba-tiba... makcik itu berdiri.

"Weh!  Baik kau diam, ok???  Kalau dia kata SEMUA, SEMUA lah!!!"


Friday, March 09, 2012

Lawak pilihan #12

Gambar hiasan diambil dari sini dan telah dimodified.

Pada suatu malam, satu pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka-duka, susah dan senang.  Si suami memang menyanjungi isterinnya yang bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka-duka kita lalui, susah-senang kita tempuhi, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu tertanya-tanya.  Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni... pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya, abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya tiga kali sahaja selama ni."

"Tiga kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya, "Bagaimana boleh terjadi tiga kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingat kan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank?"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami.  Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan."

"Ermmmm... sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami.  "Kali kedua pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak?" si isteri menyambung cerita.

"Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia bersetuju membuat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.  Yang kali ketiga macam mana pulak?" soal si Tan Sri.

Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi..."


Moral of the story, masih ada benda lagi di dunia ini yang boleh dibeli bukan dengan wang ringgit. :-p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2