Babab.net

Saturday, December 17, 2011

Video khas Ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers


Gambar hasil pencarian Google.

Semasa membuat entri 'Video Jambatan Tenggarong di Kalimantan Timur runtuh' pada 05.12.2011, I terjumpa info pasal Tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11.12.1993.  Lagi 6 hari adalah ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers.

Lalu timbul idea untuk membuat satu entri khas bersempena dengan ulangtahun ke-18 tragedi ini.  I teringat pernah melihat satu siri gambar yang merakamkan detik-detik berlakunya keruntuhan bangunan kondominium mewah itu di akhbar-akhbar tempatan pada ketika itu.

I pernah cuba untuk mencari gambar-gambar tersebut beberapa tahun yang lepas, barangkali 5-6 tahun yang lepas, tapi tak jumpa. Mungkin pada ketika itu ia memang belum wujud di internet.

Kini gambar detik-detik keruntuhan bangunan itu sudah boleh dijumpai di internet, terutama sekali di dalam blogosphere yang amat pesat berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Gambar-gambar yang dipilih adalah dengan tujuan untuk dijadikan satu video klip seperti mana yang pernah I buat untuk entri 'UFO di KLCC'.  Agak susah juga untuk mendapatkan gambar-gambar yang berkualiti.  Kebanyakan gambar yang I jumpa itu bersaiz kecil dan kurang jelas.

Nak tak nak, terpaksalah juga digunakan gambar-gambar yang kurang jelas itu.  Kualitinya diperbaiki sebaik mungkin menggunakan Photoshop.  Video yang bakal dihasilkan itu harus bersaiz 16:9 kerana itulah saiz paparan paling popular masa kini.

Namun timbul masalah dengan Windows Movie Maker kat laptop I.  Sikit-sikit, gantung hang.  Nak tukar aspect ratio kepada 16:9 pun gantung hang.

Laptop I teramat lah lembabnya semenjak I install AutoCAD.  Oleh kerana AutoCAD ini adalah trial version, maka I uninstall jer.  Pas tuh I scan dan repair menggunakan Advanced SystemCare serta reinstall Windows Movie Maker, tapi masih problem.

Idea asal adalah untuk membuat posting ini tepat pada tarikh Ulangtahun ke-18, iaitu pada 11.12.2011, tapi oleh kerana masalah laptop yang lembab dan software bermasalah, terpaksalah ditangguhkan projek video ini.

Dipendekkan cerita, akhirnya siap juga video ini menggunakan PC lain (tak perlu ler ceritakan PC mana, hehe...), dan inilah hasilnya: 


Tragedi yang mengorbankan 48 nyawa ini telah didokumentasikan pada tahun lepas oleh History Channel dan telah ditayangkan di Astro.  Sayangnya kedua-dua anak-beranak yang terselamat itu tidak dapat dikesan untuk diwawancara dalam dokumentari itu yang kini boleh ditonton di Youtube.

Berikut adalah Bahagian 1 daripada 5 bahagian video tersebut:


Apa yang menarik perhatian I ialah ketika dalam keadaan kelam-kabut sejurus selepas runtuhnya kondominium itu, kru berita sempat menemubual seorang kanak-kanak yang kudung kedua-dua tangannya sampai ke paras bahu, iaitu Zhariff Afandi.  Zhariff merupakan penghuni blok yang runtuh itu, tapi terselamat kerana pada ketika itu dia berada di blok bersebelahan.  Adik-beradiknya yang lain serta orang gajinya juga sempat menyelamatkan diri.

Zhariff kini merupakan pakar motivasi yang menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu The Zhariff Initiative.

18 tahun berlalu sudah.  Patutkah kita melupakan tragedi hitam ini?  Patutkah kita melupakan kesedihan ini?  I rasa tak patut.  Ia patut dijadikan peringatan kepada pemaju-pemaju agar lebih bertanggungjawab apabila membangunkan kawasan-kawasan lereng bukit.

My heart goes out to those who have lost their loved ones in this tragedy...



32 comments:

  1. hmmm..takutnya...:(...sy duk kondo tgkt 17 rase seram gak kdg ni..

    ReplyDelete
  2. 18 tahun memang usia yang sangat lama..

    ayu masa tu masih sekolah lagi, menitis air mata, sepanjang malam dihadapan kaca tv bersama fAMILY menyaksikan mangsa yang dikeluarkan 1 demi satu..

    sangat sedih..
    uncle thanks, sebab buat video ttg tragedi ini.

    boleh ayu tanya, sebab ayu nie kurang tahu ttg perumahan disitu? skrang masih ditutup kan?? jadi tempat apa skrang uncle?
    DIBIARKAN sahja ker?

    ReplyDelete
  3. @Cik Oda Gelang
    I duduk tingkat 4 jer, kat lereng bukit jugak. Rasa seram jugak hari tuh apabila hujan dan ribut kuat melanda. :-p

    ReplyDelete
  4. @Citarasa Rinduan
    I masa tuh baru bekerja setahun jagung selepas tamat pengajian diploma. Memang menggemparkan. Amat kecewa apabila kesudahannya hanya dua mangsa yang terperangkap dalam runtuhan yang berjaya diselamatkan. Entah di mana anak-beranak yang cukup bernasib baik itu sekarang nih ye?

    Tempat tuh sehingga sekarang telah ditinggalkan dan dikatakan berhantu. Ada perancangan mahu meroboh dan membangunkan semula tempat tuh, tapi entah bila...

    ReplyDelete
  5. Till today, tiap kali tarikh ulangtahun kejadian, the family victim will have a gathering together. Agree with u bro, kita tak patut lupakan kejadian ini.

    ReplyDelete
  6. @kakchik@ella
    Yup KC... mudah untuk kita cakap 'forget and let go' atau 'live must go on' kepada kaum keluarga mangsa. I rasa kita tak layak untuk berkata demikian. Kesedihan di hati mereka hanya mereka yang tahu...

    ReplyDelete
  7. yuppppp nokta hitam yang pasti tak lupa..... suasana kalam kabut pada masa tu....

    kawasan tu sekarang terbiar ajerrr


    berhantu kot

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    tip pilih sport rim

    ReplyDelete
  8. lama tak dgr cite pasal ni kalau dengar mesti org kata kondo maksiat
    wuallahullam..

    semoga mereka ditempatkan di kalangan org yang beriman...

    ReplyDelete
  9. @Afzainizam
    Yup... dah terbiar 18 tahun. Kalau dibangunkan semula entah ada orang nak beli ker tak?

    ReplyDelete
  10. @aida-myasara
    Itu lah yang diperkatakan orang, tapi I rasa not fair lah...

    ReplyDelete
  11. yelahhh..time angin kuat..bunyi dia menakutkan...nak tido pun xlena..

    p/s: sy ade ngumpat awak kat blog sy..singgah la ye..hehe

    ReplyDelete
  12. tetap kesian.tak sangka da 18 thn..hemm

    ReplyDelete
  13. @ZORA
    Keadaan kedua-dua blok yang telah ditinggalkan selama 18 tahun itu memang amat seram. Sesuai untuk dijadikan lokasi filem seram. Dengan skrip yang bagus, pasti akan hit! :-)

    ReplyDelete
  14. @Cik Oda Gelang
    Hahaha... how's your pipi? Mesti dah lebam akibat ditampar diri sendiri sebanyak 18,000 kali, kan?


    Pssst! Kalau korang nak tau naper Cik Oda tampar diri sendiri sampai lebam pipinya, sila ke sini. ;-)

    ReplyDelete
  15. Takziah kepada keluarhga mangsa yg terlibat....

    ReplyDelete
  16. Tempat ni patut diwujudkan sebagai "Memorial" untuk dikenang sebagai salah satu tragedi yang menggemparkan di Malaysia.
    Saya sokong 90% dibina sebuah memorial di sini.

    ReplyDelete
  17. mlm kmarin i pgi sna..seram.xbrani trun duk dlm keta je.tetba ada anjing mnyalak.membe i trus start enjin keta n blah..blk dr situ i jd tkt kbtln plak i pun duk apartment even tgkt 4 je tp btl2 sblh lereng bkt.huhu..esknya i asik search psl highland tower je n watkan i sedih je n nanges the whole day.ya situ mmg brhantu pun.adk i pgi situ dgn kwn2 dia pastu dorg trbwak blk bnda tu .nsb bek la lps dorg pgi situ dorg lpak kt mamak n tetba ada sorg org buta tu tgur dorg n kta slh sorg dr dorg tu bkn kwn dorg.cuak la masing2.tetba membe dorg cll n mrh2 nape dorg tgglkan dia sowg2 kt sna.cuba bygkan dorg kna htr bnda tu blk ke sna smula n amik membe dorg tu.xble bygkan dorg duk satu keta dgn bnda tu tp adk i ckp bnda tu senyap je n mnyerupai membe dorg yg trtggl kt tmpt tu

    ReplyDelete
  18. @Anonymous
    Bagus jugak kalau dibina sebuah memorial di situ. Mungkin boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong.

    ReplyDelete
  19. @Anonymous
    Wah... menarik citer Cik Anon! Boleh buat skrip jual kat film producers!

    Kira nasib baik la jugak tak der yang kena sampuk...

    ReplyDelete
  20. semalam pegi gn mmber2..tp sempat tgok n borak 5 mnit je.alhamdulillah kami pergi n pulang dr s.alam ke ampg dgn slmt n tiada ape2 plek y brlku...

    ReplyDelete
  21. kejadian ni sangat sedih. kitorg sebagai budak Environmental Science wajib belajar ni dalam courses. menarik how one of those survivors kata kejadian ni berlaku sebab alam menghukum manusia kerana mengubah ciptaan Tuhan. daripada ada sungai, ditimbus untuk dibuat bangunan. sungai takde tempat mengalir, last sekali tanah jadi longgar n bangunan runtuh.

    to those yg kata itu balasan Tuhan sbb Highland Tower tu tmpat maksiat, I think it's really unfair. u didn't know what happened n u didn't know who the victims are. anggap jelah itu balasan akibat tangan manusia yang suka mengubah kejadian Tuhan. =')

    ReplyDelete
  22. Teringin nak tgk mcamana keadaan di Highland Tower sblum berlakunya tragedi..Mksud sy, sebelum runtuhnya Highland tower. Mesti cantik kan? huhu..Sebab puas cari kat google, youtube, n Blog, takde..yang ada cuma keadaan Highland tower slpas tragedi tu..

    ReplyDelete
  23. sedih tengok video pristiwa ni.. blaku tahun 1993.. means.. kjadian ni blaku.. umur saya 2 tahun :(

    ReplyDelete
  24. i paling suka pasal highland tower ni. teringin nak pegi. nak tahu lebih lg. but takde peluang . huhuhu.

    ReplyDelete
  25. Tragedi yang menggemparkan bukan setakat dalam negara tapi hingga ke luar negara..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2