Babab.net
Showing posts with label jelingan garang. Show all posts
Showing posts with label jelingan garang. Show all posts
Wednesday, March 07, 2012
Logorithm's Wordless Wednesday #37
Labels:
anjing jiran,
fierce,
jelingan garang,
longkang,
neighbour's dog
Thursday, December 29, 2011
Lawak pilihan #4
Ini bukan gambar Abu yang sebenar. Jumpa kat Google.
Kisah ini benar-benar terjadi sewaktu Abu (bukan nama sebenar) kanak-kanak dahulu.
Ayah Abu suka memberikan amaran dengan menjeling garang jika Abu membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau Abu mengambil gula-gula, dia akan menjeling, bermakna menyuruh Abu meletakkan semula gula-gula itu di tempatnya semula.
Suatu hari, Abu mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, Abu melihat kain pelikat Tok Imam tersepit di celah punggung. Abu yang 'konon'nya ingin membantu, menarik lembut kain yang tersepit itu. Ayah Abu yang sedang solat tapi terlihat perbuatan Abu, terus memberikan jelingan yang amat garang kepada Abu.
Kecut Abu. Dia amat memahami maksud ayahnya, lalu dengan cepat memasukkan semula kain pelikat Tok Imam itu semula ke celah punggungnya. Apa lagi, melatah lah Tok Imam! Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan Tok Imam. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah, terus mengheret Abu balik ke rumah.
Malam itu, berbirat punggung Abu dirotannya.
Labels:
abu,
batal solat,
bontot,
jelingan garang,
kain pelikat terselit,
lawak,
punggung,
tok imam
Subscribe to:
Posts (Atom)

