Gambar hiasan dari Google. Bila I free nanti, I akan gantikan dengan lukisan sebenar yang I story kat bawah ini. ;-)
Semalam adalah hari terakhir bekerja untuk tahun 2011. Ada opis yang kerja separuh hari, tapi I kena kerja sampai tengah malam.
Sebenarnya kerja yang kena disiapkan semalam bukannya banyak, tapi disebabkan prosesnya yang rumit serta komputer yang lembab, ia mengambil masa. I kena memproses 6 lukisan tampak bangunan yang diekstrak daripada model 3D dari designernya. Saiz failnya amat besar. Komputer I hampir-hampir tak dapat nak handle saiz fail sebesar ini.
Lukisan-lukisan AutoCAD itu perlu diproses kerana banyak garisan yang 'hilang' kerana tersembunyi. Itu tak boleh dielakkan kerana model 3D dibina menggunakan ArchiCAD. Ia perlu melalui satu proses yang rumit untuk mengeluarkan garisan-garisan yang tersembunyi itu di dalam AutoCAD. I kena tunggu sehingga 2-5 minit masa pemprosesan untuk bergerak dari satu langkah ke langkah seterusnya. Jarang sekali AutoCAD kat komputer I 'hang', tapi untuk kerja ini, I kena restart AutoCAD dua kali.
Tak cukup dengan itu. Ada lukisan yang terpaksa dibuat 2-3 kali kerana ada garisan yang hilang terus. Keseluruhan proses perlu dilakukan dengan berhati-hati. Mata perlu tajam untuk dapat mengesan garisan-garisan yang hilang di dalam lukisan yang mengandungi ratusan ribu garisan itu.
Lukisan-lukisan tersebut hanya siap diproses menjelang tengah malam. Masa yang diambil kira-kira 5 jam, yang bermula selepas pukul 6 petang tatkala semua rakan-rakan sekerja bergegas pulang. Tak per lah. Yang penting, kerja telah disiapkan dan I ada tiga hari untuk recharge balik sebelum memulakan kerja pada tahun hadapan.
Eh eh... tinggal beberapa minit jer nih nak masuk 'tahun hadapan' 2012. Hehe...
Petang tadi sempat jenjalan kat Ikea lagi untuk membeli dua barang untuk kegunaan rumah di kampung. Kejap lagi nak bertolak balik ke kampung. I nak rilek jer kat kampung nanti. Home Sweet Home.
Ok lah... buat kengkawan semua,
Selamat Tahun Baru 2012!
selamat tahun baru 2012 logo
ReplyDeleteselamat tahun baru uncle
ReplyDelete@MaYa MustWany & Citarasa Rinduan
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2012. :-)
woooo teringat masa student belajar lukisan kejuruteraan lukis dari sisi hadapan dan atas.... pastu hamparan dan 3D.... garis pakai macam macam jenis pensil
ReplyDeletesekarang guna komputer ajerrr... senangkan...
selamat tahun baru... hati-hati balik kampung yerr
semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
goodbye 2011 and welcome 2012
samat tahun baru bro...:)
ReplyDelete@Afzainizam
ReplyDeleteBetul tuh. Zaman I belajar dulu, semua lukis tangan jer. Masa tuh komputer baru nak masuk market dan tak diajar di universiti. I belajar AutoCAD dari opis sejak tahun 1994.
Dah selamat pulang ke kampung dan dah mula kerja kat opis dah. ;-)
@ZORA
ReplyDeleteThanx. Selamat Tahun Baru kepada ZORA jugak. :-)
LOGO..SELAMAT THN 2012..DPT CUTI TAK...
ReplyDelete