Babab.net

Sunday, September 04, 2011

Fakta menarik tentang Kg. Datuk Keramat


Gambar ikhsan Google.

Semasa membuat entri keramat ini <-- klik, I terjumpa satu fakta menarik mengenai Kampung Datuk Keramat.

Tahukah anda apakah nama asal Kampung Datuk Keramat ketika awal kewujudannya pada tahun 1950-an?

'Kampung Tangga Cina'!

Bagaimana kampung yang majoriti penduduknya orang Melayu boleh dinamakan 'Kampung Tangga Cina'?

Khabarnya, ia mendapat namanya dari kehadiran beberapa orang India yang dipanggil 'Tanggaci'!

Menarik, kan?  Sebuah kampung Melayu dinamakan 'Kampung Tangga Cina' disebabkan oleh kehadiran beberapa orang India yang dikenali sebagai 'Tanggaci'.  Memang 1Malaysia lah sejarah Kampung Datuk Keramat.  Hehe...

Namun oleh kerana nama Kampung Tangga Cina didapati kurang sesuai, ia kemudiannya telah ditukar menjadi Kampung Datuk Keramat bersempena dengan kehadiran sebuah kubur keramat di sana.

Bayangkan jika Kampung Datuk Keramat pada hari ini masih mengekalkan namanya sebagai Kampung Tangga Cina?  Tentu hairan bin pelik, tapi inilah Malaysia.

Oh ya... masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Sumber:  Wikipedia

18 comments:

  1. Nama Kampung Datuk Keramat adalah sempena kehadiran sebuah kubur keramat bersebelahan Pasar Keramat. Kini kubur ini tidak dapat dikesan lagi

    sempena semangat merdeka ni

    Jalur Gemilang bendera negara,
    Tanda Malaysia negara merdeka,
    Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
    Jangan dinodai dengan dosa dan noda

    Jalur gemilang berkibar megah
    Lagu Negaraku berkumandang indah,
    Apakah erti kemerdekaan dari penjajah,
    Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah

    Tanah Melayu tertubuhlah sudah,
    Tanggal 31 Ogos '57 hari merdeka,
    Wahai kengkawan jagalah maruah,
    Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.

    ------Salam Aidilfitri-------
    semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    burasak vs lepat loi

    ReplyDelete
  2. wah hebat xP

    mesti di panggil keramat sbb ade tuttttt xP

    ReplyDelete
  3. woooo...baru tau ni..sebelum ni mmg cetek skit bab2 sejarah ni..huhuuhuu

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,
    bercuti lagi ke? Ahad kalau free kita jumpa kat sri gombak? nak bg hadiah tu..

    ReplyDelete
  5. Best tu before raya p pasar Keramat. Macam2 ada. Carik bunga api.

    ReplyDelete
  6. @Afzainizam
    TQ. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan juga kepada Afzainiam. :-)

    ReplyDelete
  7. @Sunah Sakura
    Menarik kan sejarah nama Kg. Datuk Keramat, Cik Sunah? :-)

    ReplyDelete
  8. @NadiRah
    Kubur yang orang mintak nombor ekor kot? Hehe...

    ReplyDelete
  9. @schaze zainn
    Apa yang 'tutttt' tuh Cik Schaze? 'Ong' ker? :-p

    ReplyDelete
  10. @ZORA
    I pon baru tahu. Tak sengaja terjumpa info nih... :-)

    ReplyDelete
  11. @kotak bulat
    Tambah sikit pengetahuan jer... tapi menarik, kan? :-)

    ReplyDelete
  12. @eqbalzack
    Yes boss... Ahad nih boleh boss... no probs. Dah lama tunggu hadiah nih boss. :-p

    TQ boss!

    ReplyDelete
  13. @petuapakar
    Iye ker best Pasar Keramat nih? Carik bunga api ker mercun? :-p

    TQ sebab singgah ye... :-)

    ReplyDelete
  14. Jangan ada yang mulut keramat dah ler...huhu..

    ReplyDelete
  15. pergi dekat Masjid Kampung Keramat tuu, ada nama 3 pengasas Kampung Keramat. Keturunan nya sudah masuk generasi Ke - 4. Banyak menetap sekitar Ampang dan Kampung Pandan. Saya salah seorang cucu Kiyai Afandi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2