Babab.net

Tuesday, January 18, 2011

Entry Rojak: The Accidental Sogo Member

Memandangkan semua follower I adalah orang Melayu, I rasa I buat entry dalam Bahasa Melayu jer lah atau lebih tepat lagi Bahasa Rojak.  Ok?


Entry nih adalah extended version of my reply to Ben's special posting on Saturday, 15.01.2011.  Thank you Ben, sebab follower I melonjak terus daripada 10 orang menjadik 33 orang selepas posting tuh.  Trafik toksah lah citer... meningkat mendadak!  Terima kasih kepada semua yang sudi follow!  Muaaaahh!  Love you all!

So, kenapa I boleh ter-menjadik member Sogo?  Ini semua Ben punya pasal lah!  Heheh...


Kisahnya bermula apabila Ben dalam beberapa postingnya ada menyebut pasal gathering dengan KakChik di Sogo hari Sabtu tuh.  Ben menjemput sesaper yang berminat untuk turut hadir memeriahkan suasana.

I teringin nak join... nak bertemu ngan celebrity blogger kita Ben Ashaari yang tak lokek ilmu membantu blogger-blogger baru.  I pon last minit jer decide nak pergi walaupon I tak tahu kat mana mereka akan berjumpa.  Yang I tau, Sogo jer.

I kuar rumah pon dah terlewat... about 11:50am.  Gathering dijadualkan 12:00pm.  Sampai jer kat Jalan Segambut, trafik jam pulak!  Apehal jam hari Sabtu di tengah-tengah hari buta nih???

Ok tak per... trafik jam adalah dalam 10 minit untuk melepasi kurang 200 meter.  Kot?  Selepas berjaya kuar daripada trafik jam, I terus meluncur ke pusat bandar.  I ambik Jalan Kuching-Jalan Parlimen-Lorong  Tuanku Abdul Rahman 2-Lorong Gombak-Jalan Esfahan.

Tiba kat Sogo, parkingnya dah penuh pulak!  Langit dah mendung semacam jer, so I tak leh nak carik parking jauh-jauh.  Kang tangkap basah nanti saper yang susah?  Hehe...

I had no choice but to go with the traffic flow.  I terpaksa kuar balik ke Jalan Raja Laut.  I heran apsal jam memanjang kat sekeliling Sogo nih?  Hmmm...

So I kept right... terus memandu pelan-pelan untuk mencarik parking.  Kompleks Pertama pon nampaknya dah penuh tapi Bangunan Medan MARA di sebelahnya mungkin ada kosong kot?  I pon gamble lah masuk Medan MARA.  Pusing punya pusing... semuanya reserved parking!  Cisss!  So I pon pusing kuar balik cakap kat parking attendant bahawa parking dah penuh.  Tapi dia kata ader lagik parking kat Basement 3.  Owh.  Ader lagi basement ker?  Heheh...  Ok, so I pon turun lah ke Basement 3, terus sambar parking kosong yang pertama yang I jumpa.

I pon rushing lah ke Sogo.  I dah start berpeluh sebab air-cond keter I dah rosak sejak hari Selasa.  Tak berkesempatan lagik nak pi repair.

Sampai jer kat pintu masuk Sogo, I tengok apsal tak leh masuk pulak nih?  Apsal pintu masuknya berpenghadang?  Kaunter apa pulak tuh?  Apsal orang ramai berbaris masuk macam budak tadika nih?  Hmmm...

So I pon tanya sama itu hud-hud staff Sogo what's happening?  Dia kata hari nih hari untuk member sahaja.

PULAK DAHHHH!!!

Katanya, I kalau nak masuk boleh, tapi kena join member dulu lah.  Bayarannya cuma RM12 untuk 2 tahun.

Tsk!  Ok lah ye lah ye lah I join!

So I pon berbaris lah macam budak tadika untuk register.  Cuaca walaupun mendung, tapi stuffy!  Maka mencurah-curah lah peluh I kuar.  Kat kaunter registration tuh diorang bukannya menghalakan kipas ke arah customer, tapi arah ke diorang jer.  Cisss!           

Last-last I berjaya masuk ke Sogo!  YAY!  I terus terjah ke Food Court yang berada di Tingkat 6.  Bila melangkah jer ke food court, I dah nampak Ben bersama sorang wanita tengah bercumbu rayu.  Ok yang nih I tipu.  Kih kih!  Ben dan Mrs. Ben jangan marah ok?

Si Ben nih memang mudah dikesan sebab I memang dah kenal rupa dia + badannya  jenis bodybuilder.  Tak mungkin pelanduk dua serupa.

Tapi I segan lak nak tegur, sebab mana yang lain???  Gathering dah tamat ker?  Ok ker kalau I ganggu dia yang sedang bercumbu rayu ngan wanita itu?  Ok I tipu lagi.  Diorang tak bercumbu rayu.  Tapi memang romantis sangat!  Hehe...

So I buat muka tebal... I pergi kat Ben.  I tegur Ben.  Ben terkejut beruk.  Ok I tipu lagi.  Kah kah kah!  Ben tak terkejut beruk, sebaliknya dia kenal I!  "Logo!", katanya.  Fuiyo!  Bangga siot dia kenal I!  Hehe...

Pas tuh I tanyalah Ben mana yang lain?  Entah apa Ben cakap I pon tak dengar sebab I tengah high sebab Ben kenal I!  Kah kah kah!

Kemudian barulah Kakchik + anak + Tokey the famous Lemon Rosemary Chicken + anak-anak kembali ke meja.  Tadik diorang gi order makanan kot?  Hehe...

I order air tebu + dua bijik popiah basah yang garing sebagai brunch.  Aparaa amoy jual popiah tuh bercakap Melayu ngan I.  Dia tanya makan sini ker bungkus?  I jawab makan sini.  Dalam BM jugak.  Heheh...  Sedap jugak popiah tuh.

Lama jugak kitorang berborak bergosip bergelak ketawa.

Lepas tuh kitorang pon bersurai about 3pm?  I teruskan bershopping di Sogo.  I sempat beli set cadar queen size cap Novelle @ RM95.76, sepasang seluar cap Buaya @ RM139.90, dua helai sexy shorty cap Pierre Andre Cardin @ RM34.11, dan track bottom cap Harimau Kumbang @ RM32.90.  Jumlah RM302.67.  Dapat balik RM20 rebate coupon.

Pinggang I dah nak patah dah.  I dah tak larat lagi dah.  Jam dah menunjukkan dekat kol 6:00pm.  Perut dah berkeroncong semula.  So I pi Tingkat LG makan bihun + karipap + kopi ais buat alas perut.  Pas tuh I pi Hong Leong Bank + Alliance Bank + Citibank bayar bil credit card.  Sampai kat rumah dah kol 8:00pm.

Yang bingainya, I terlupa nak bawak balik seluar cap Buaya tuh untuk diukur dan dijahit kaki seluarnya!  Errr... betul ker istilah 'kaki seluar' nih?  Hehe...

Nampak gayanya I kena pergi ke Sogo lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagiiii...

So, gitu lah citernya camner I boleh ter-menjadik member Sogo. ;-)


Special terima kasih kepada KakChik yang memberikan idea membuat entry nih.  :-)


Oppsss!  Ringkas dan padat ker entry nih?  Kih kih kih!


*Entri nih mendapat promosi dari Ben Ashaari!
>>> http://www.benashaari.com/2011/01/blogger-contoh.html
Terima kasih Ben!

28 comments:

  1. terbaik lah bro. especially tang berbaris mcm budak tadika.

    sopink list tu pun detail bro. haha ..

    really appreciate your effort to meet us la bro. nnt kita jmpa lagi eh.

    Bro, traffik jem kt segambut tu depan ofis kakchik ke?

    ReplyDelete
  2. Wah! First comment pon dari En. Ben celebrity blogger kita! Thank you very much! Hehe...

    ReplyDelete
  3. first time dtg sini...u look alike malay that's why that lady cakap melayu kot

    ReplyDelete
  4. WAAAAAA.....congrats...abg ben wat backlink utk blog kamoo..

    ReplyDelete
  5. @Kakchik: Thanx for organising the gathering! Ok kita nanti boleh jumpa lagi makan-makan kat Village Mall. Nak?

    Yup, jam kat depan opis kakchik ler tuh. Kat situ memang bottleneck.

    Hehe... detail gak shopping list I. :-p

    ReplyDelete
  6. jom singgah n follow2 belog saya..
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Ye..En. Ben memang baik hati, banyak tips dan info di share bersama blogger lain. Ini orang tidak kedekut idea..Just follow your blog.

    ReplyDelete
  8. the best part banyak buat kisah tipu2 but funny...hehe...best entry ni...

    ReplyDelete
  9. Helo.!!

    Hahaha....xleyh blah ben tgh "bercumbu rayu"...xpna dgr kot..

    situasi kamoo ni mcm pna sye alami gak.time shopink raye.tp time tu die bg 2 option kalo nk msk..

    1 - sogo member card
    2 - sape yg ade kad kredit Mybank.

    kami yg xdek pape ni da glbh nie. so, kami pon decide msk curik2 kat pintu kcik..haahahaha...upe2 father i ade maybnk tu..

    :)...Salam knln..I follow u..

    ReplyDelete
  10. Menarik lah entry ni. Memang sangat fasih...

    http://mummymodern.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. best citer ni..hehehhe! lengkap n padat skali..bleh dapat a ni kalu gini..hehheh

    ReplyDelete
  12. Whoa! Trafik mencurah-curah sampai I dah tak terlayan dah! Thank you Ben! Thank you kepada semua yang sudi singgah + follow. I kena kerja nih. Tak leh lama-lama kat blog. Nanti bila I free I datang balik ye? Muaaahhh!

    ReplyDelete
  13. thats the spirit! kereta tak de air cond, jam, beratur, cari parking. berbaloi demi sebuah persahabatan.

    ReplyDelete
  14. Worth the effort Logo... Ben appreciate the value that you bring... Well done... I follow you lah yer....

    ReplyDelete
  15. Tang perkataan 'ter-menjadik tu yang buat rasa unik sikit n3 nih....he3....

    p/s: terjah dari blog ben gak nih....:)

    ReplyDelete
  16. cayak la... bersemangat tegar... tabik berspring spring... tehehe

    ReplyDelete
  17. wah..syoklah dapt berjumpa..:)
    nice story

    ReplyDelete
  18. Salam kenal...
    N3 yg menarik..best2..kakD dpt bayangkan mcmana keadaan ko..BTW folo sini jg 81...kakD mai dr blog BA..

    ReplyDelete
  19. Bestnya best nya!!! Nak jealous sikit boleh tak?? :p

    ReplyDelete
  20. Terima kasih!

    Kepada mereka yang telah follow, berikan I sedikit masa untuk I follow kembali. I nak jenjalan kat blog korang dulu, tinggalkan sekomen-dua... pas tuh I add lah! Hehe...

    Nanti kalau I free I layan sorang demi sorang yang tinggalkan komen di sini, ok?

    ;-)

    ReplyDelete
  21. @Eq: Boleh boleh boleh!

    @Nurashikin: Jangan jeles lama-lama! Hehe...

    @Ladyzul: Salam kenal! I hampir-hampir nak give up dah. Tapi I join Sogo member jugak so at least kalau I ter-miss gathering tuh, I masih boleh gi shopping. :-)

    @Syafiq: Thanx. Bayangkan you duduk semeja ngan selebriti blogger! Mesti la best!

    @Hanim: Nasib baik I tak give up!

    @Azzey: Unik ek? :-p Terima kasih kerana menerjah!

    @Aziela: Thanx! Eh, Mrs. Ben pon nama Azila jugak tau! Hehe...


    @Gaung: Memang berbaloi menempuhi kesukaran hari tuh. Baru memorable gitu! Hehe...

    @Mimie: Dapat a? Award ker? Ish biar betol? Heheh...

    @Anna: TQ. I tulis fasih la... tapi cakap ada pelat jugak. :-p

    @Ms. Adryl: Betol... diorang mintak KK Maybank, tapi I tak main Maybank!

    @Hanis: Kalau berbohong kena cepat-cepat mengaku! Heheh...

    @Huszaini: Terima kasih!

    @Qaseh: Join la next gathering 30.01.2011 kat Berjaya Times Square. :-)

    @GreenApple: Betul tuh. Banyak belajar dari En. Ben kita nih.

    @Fyna: Yup, terasa macam berada di awang-awangan! Hehehe...

    @Suzzsuzie: Yeah, people tend to think that I'm Sabahan or Sarawakian. Even Mr. Ben himself thought I'm from East Malaysia!

    @Ujang: Timakacih... :-)

    @Lulu: Kih kih kih...

    Thank you guys! I dah add korang semua! :-)

    ReplyDelete
  22. nape name kelab tu sogo ? ehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2