Babab.net

Monday, July 16, 2012

Lawak #20: [18SX] Rawatan hipnosis


Seorang wanita pulang ke rumah memberitahu suaminya dengan penuh kegirangan, "Abang ingat lagi tak pasal sakit kepala yang Ana alami selama ini?  Ana dah pulih!"

"Huh?  Dah tak sakit lagi dah?" suaminya bertanya, "Camner tuh?"

Isterinya menjawab, "Mak Limah jiran kita tuh suruh Ana try rawatan hipnosis.  Ana pun try lah.  Hipnotis tuh suruh Ana berdiri depan cermin, tenung diri dalam-dalam dan mengulangi 'Kepala Ana tak sakit; Kepala Ana tak sakit; Kepala Ana tak sakit;'  Ia berkesan!  Sakit kepala Ana dah hilang!"

Suaminya menjawab, "Wah... semudah itu?  Tapi apekemendenye 'hipnosis' tuh?  Hehe..."

"Ish abang nih.  Memain pulak.  Abang kan belajar sampai ke PhD?  Takkan lah hipnosis pun tak tahu?" isterinya mencubit manja suaminya.

Isterinya kemudian dalam tersipu-sipu berkata, "Ummm... abang... abang kan sejak kebelakangan nih kurang bertenaga semasa... ummm... kita gitu-gitu.  Apa kata abang juga try jumpa hipnotis tuh... mungkin dia dapat membantu?

Suaminya kemaluan tapi bersetuju dalam keberatan.

Keesokan harinya...

Sekembali suaminya daripada berjumpa hipnotis itu, dia terus membogelkan diri dan mengangkat isterinya ke kamar tidur mereka.  Dia meletakkan isterinya di atas katil lalu berkata, "Jangan ke mana-mana. Abang nak ke bilik air kejap..."

Beberapa minit kemudian dia keluar daripada bilik air lalu menerkam ganas isterinya di katil bagaikan singa kelaparan.  Maka berlakulah adegan 18SX yang amat power.

Setelah selesai, isterinya berkata, "Wow!  Abang sungguh hebat!"

Suaminya tersenyum bangga lalu berkata, "Jangan ke mana-mana.  Abang nak ke bilik air kejap".

Sekembali suaminya daripada bilik air, maka berlakulah adegan 18SX pusingan kedua yang lebih hebat berbanding pusingan pertama tadi.

Selesai pusingan kedua, isterinya sudah mulai pening-pening lalat akibat terlalu ghairah.

Sekali lagi suaminya berkata kepada isterinya, "Jangan ke mana-mana.  Abang nak ke bilik air kejap".

Isterinya mula berasa pelik.  Maka dalam diam-diam isterinya menskodeng suaminya di bilik air.  Dia melihat suaminya berdiri di depan cermin sambil berbisik, "Dia bukan biniku tapi Neelofa;  Dia bukan biniku tapi Neelofa;  Dia bukan biniku tapi Neelofa;  Dia bukan biniku tapi Neelofa!"

Suaminya akan dikebumikan esok.


Sumber gambar dari sini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2