Gambar hiasan diambik dari sini.
Korang tentu pernah mendapat follower yang kat profile diorang tak der link blog? Ikuti keluhan (dan tutorial) nih:
--> Follower oh Follower
I rasatak nikmat tak sedap tak best sebab tak dapat follow balik ke rumah diorang. Kang diorang ingat kiter sombong pulak kan? Ker diorang memang lebih suka follow jer blog yang diorang suka baca dan tak mintak pon kiter follow balik?
Kekadang ader lah jugak yang meninggalkan link kat shoutbox kiter. Senang sikit kiter nak jejak. Kalau blog kiter tak der shoutbox pulak camner nak jejak diorang?
--> Follower oh Follower
I rasa
Kekadang ader lah jugak yang meninggalkan link kat shoutbox kiter. Senang sikit kiter nak jejak. Kalau blog kiter tak der shoutbox pulak camner nak jejak diorang?
I akan berusaha sebaik mungkin untuk menjejaki diorang nih dan follow balik. Baru puas hati. Tapi camner caranya?
Mr. Google!
Setahu I lah... semua followers pasti mempunyai blog masing-masing, tak kira lah blog diorang aktif ker tidak. Kalau tidak, camner diorang nak follow/komen? So, keyword yang penting di sini ialah 'blogspot'.
I ambik contoh follower I yang ke-302, iaitu ateqah1512.
Kat profile dia tak der link blog...
So, I google 'nickname' + 'blogspot' --> 'ateqah1512 blogspot'.
BINGO!
Walaupon search results hanya menemui tiga link, tapi itu dah cukup! Di link ketiga tuh merupakan profilenya yang satu lagi di blogger.com yang mempunyai link blog:
--> http://umealong.blogspot.com
Tak tau lah naper Ateqah tak masukkan link blog ke dalam profilenya yang satu lagik tuh. Kebetulannya pulak dalam entrinya yang terbaru pada 25.03.2011, Ateqah ader bercerita bahawa dia tak kisah orang nak follow dia ker tak, dan naper dia tak meninggalkan jejak/komen apabila berblog-walking -- sebab dia MALAS! Hehehe... memang tak boleh blah ngan alasannya tuh!
Menerusi pengalaman dan pemerhatian I sendiri lah... boleh dikatakan lebih 90% daripada followers yang tak meninggalkan jejak nih boleh dikesan blog diorang menggunakan Mr. Google dengan meng-google 'nickname' diorang + 'blogspot'.
Yup... kejayaan tak 100% apabila profile follower tuh tak cukup info, nickname yang terlalu general dan tak berkait langsung ngan nama blog diorang, ataupon tak pernah meninggalkan sebarang jejak kat maner-maner blog. Sekali kalau dia tinggalkan jejak kat maner-maner, pasti boleh jumpa nyer lah! Hehe...
Hurmmm... berbalik kepada followers blog I, lapan daripada 20 followers terbaru tiada link kat profile diorang. Ini satu angka yang agak tinggi! Setuju? Statistik korang pulak bagaimana?
Yang tujuh lagik tuh I bertanya ngan Mr. Google dan berikut adalah hasilnya...
1. fanadz9
--> http://fanadz.blogspot.com
2. rozita abd rahman
--> http://zieta0704.blogspot.com
3. jahn abas
--> http://belogjahn.blogspot.com
--> http://jahnscar.blogspot.com
4. ateqah1512
--> http://umealong.blogspot.com
5. nurain
--> http://buttersheep.blogspot.com
6. nana
--> tak jumpa! kuciwaaaaa!
7. Ira
--> http://dioralizette.blogspot.com
Fuhhh! Penat la jugak...
The moral of the story is, cobalah check profile memasing sama ada link blog korang dah dimasukkan. Kalau belom, cepat-cepat lah masukkan ye?
Kepada semua yang sudi follow blog I yang lesu nih, terima kasih banyak-banyak!
========================================================
Untuk tips bagaimana nak letak link blog kat profile sila klik sini.
========================================================









