Rasanya tak perlu lah I buat tajuk "Entry Rojak" lagi setiap kali I buat entry baru untuk membezakan itu entry rojak ker entry English. I rasa selesa buat entry rojak dan I rasa followers I pon akan selesa jugak.
Okeh... semalam Ben Ashaari telah berjaya mengumpulkan 500 Blog dan blog bertuah yang ke-500 jatuh kepada sorang doktor yang baru first time join segmen Ben. Ini blognya.
Tapi apekeciternye I blog pasal blog yang ke-500 nih walhal tajuk blog I pasal nombor 7?
Haaa... sebab selepas I mendapat follower yang ke-77 dan visitor yang ke-777 pada 18.01.2011, I mengidam pulak nak menjadik follower yang ke-7 atau 77 atau 777 dan seterusnya lah...
I ter-miss menjadik follower yang ke-7 di blog miss_L yang muncul sebagai follower I yang ke-77 (dapat hadiah tau!). Kempunan... I sekadar menjadik follower miss_L yang ke-8.
Kemudian I tersesat ke blog AdamZico yang kebetulannya berblog pasal nombor 7 di blognya yang satu lagi. Tapi I kempunan lagi sebab AdamZico baru jer mendapat followernya yang ke-77 . I terpaksa berpuashati sebagai followernya yang ke-79.
When I arrived at the doctor's blog, I terus klik follow jer seperti biasa yang dilakukan oleh ramai followers of Ben Ashaari.
Tup tup! HAAAA??? I'm the doctor's 77th follower! YAY! Berjaya jugak akhirnya!
Ok, I dah tak kempunan dah. Hehe...
Salam Perkenalan, Dr. Hafiz. :-)


