Babab.net

Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

Wednesday, July 01, 2015

Baru dua bulan dah kena sondol dengan lori!


Malang sungguh!
Almera baru berusia dua bulan dah disondol lori!

Kejadian berlaku di Jalan Kuching pada pagi 26.06.2015.

Ketika itu kereta baru jer berhenti di belakang kereta Myvi di susur masuk ke Jalan Sultan Ismail.
Tetiba terdengar bunyi emergency brake dan belum sempat melihat ke cermin belakang, kereta I dah dirempuh dengan kuat dari belakang.

Cermin belakang tercabut akibat impak kuat.

Impak menyebabkan kereta I melanggar pulak kereta Myvi di hadapan.

Tapi Myvi cuma calar-calar dan nombor plat dia pecah.

Nombar plat depan I pun pecah.

Lori 'cedera ringan' jer.

Tapi radiator dia pecah.

Buat laporan polis di Balai Polis Trafik Jalan Bandar dan untuk diambil gambar.

Nak claim insurans third party pihak lori.  Tapi khabarnya hanya akan dapat sekitar 80-90% jer.

Masuk bengkel Nissan.  Kos repair dianggarkan mencecah RM10k.

Dianggarkan akan duduk di sini selama dua bulan.
Frust giler...

Monday, December 02, 2013

Paul Walker masih hidup?

I bukanlah peminat siri filem The Fast & the Furious dan tak berapa kenal pun pelakon-pelakonnya selain daripada Vin Diesel.  Jadi, berita kematian Paul Walker dalam satu kemalangan ngeri pada 30/11/2013 tiada memberikan sebarang kesan terhadap diri ini.

Diberitakan bahawa sehari sebelum kemalangan tersebut, tersebar khabar angin bahawa beliau terbunuh dalam satu kemalangan, tetapi ini telah dinafikan oleh wakil beliau pada pagi esoknya pada hari Sabtu, 30/11/2013.  Namun beberapa jam kemudian, Paul Walker benar-benar telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya, dan wakil beliau yang sama dengan berat hati mengesahkan berita buruk itu.


Ok... jadi Paul Walker telah disahkan terbunuh.  Semua portal berita di internet dan di tv pun menyiarkan berita yang sama.

Yang I tak paham ialah, kenapa boleh timbul pula cerita bahawa Paul Walker terselamat?  Siap ditunjukkan gambar kecederaan parah di muka Paul Walker sebelum dan selepas pembedahan.  

 Paul Walker cedera parah di muka.

Muka Paul selepas berjaya dijahit semula.
Cepat betul Paul boleh tersedar dari kecederaan serius ini.
Macam jahit baju jer.

Wajah Paul yang sebenar.

Dah tak der kerja lain ker?  Ini asyik nak konpiuskan orang jer kerja dia.

Sebab itulah I rasa perlu untuk membuat entri ini untuk mengajar kita supaya jangan mudah konpius dan percaya dengan khabar angin, terutama sekali kalau kita dihidangkan dengan 'bukti gambar'.

Kita save jer gambar yang dikatakan sebagai bukti itu, kita buka Google Images, kita tekan 'search by image'.


Voila!


Tengok?  Gambar ini sebenarnya sudah lama berada di internet.  Mangsa yang dikatakan sebagai Paul Walker ini sebenarnya adalah Alan Dennis yang cedera akibat kemalangan di tapak pembinaan pada tahun 2011.

http://urbanlegends.about.com/b/2013/12/01/paul-walker-death-photo-hoax.htm 

Jadi rakan-rakan sekalian, usahlah mudah percaya dengan khabar angin.  Ingat, maklumat sentiasa berada di hujung jari kita.  Encik Google sentiasa ada untuk menjawab persoalan kita.

Okeh?


Tuesday, July 09, 2013

(11 gambar) Roh mangsa kemalangan?



Semasa melalui Jalan Semenyih yang gelap-gelita pada Ahad lepas (07/07/2013) kira-kira jam 7:45 malam dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung di Mantin, Negeri Sembilan, I terkejut apabila ternampak satu jasad manusia yang tertiarap di atas jalan di laluan bertentangan dengan mukanya menyembah jalan dan helmet yang telah tercabut. I nyaris menggilis kepalanya tapi nasib baik I tak memandu terlalu laju dan sempat mengelak.  Nampaknya satu kemalangan baru sahaja berlaku dan I terus mencari ruang di tepi jalan untuk berhenti.  Kereta yang mengekori di belakang juga ikut berhenti.  Jalan pada ketika itu kebetulan lengang, jadi kami yang telah turun kereta mengisyaratkan kepada kenderaan yang lain untuk memperlahankan kenderaan.  Kalau jalan sibuk, kemungkinan besar mangsa akan digilis kenderaan.

Lokasi kemalangan.

Tanggapan pertama I pada ketika itu ialah berlaku kes kemalangan langgar lari.  Namun ketika berjalan ke arah mangsa, dilihat terdapat seorang lagi mangsa yang tertiarap merentangi jalan.  Tak bergerak.  Darah telah banyak mengalir di atas jalan.  Sementara mangsa pertama yang dilihat tadi sedang dibantu oleh pengguna jalan raya yang lain dan dibawa ke tepi jalan.

Penunggang tersebut cedera di muka dan dalam keadaan bercelaru.  Kami tanya dia sama ada dia menunggang bersendirian kerana terdapat seorang lagi mangsa yang nampaknya sudah tak bernyawa.  Dia mengambil sedikit masa untuk menjawab.  Katanya, dia menunggang bersendirian.  Kemudian dia bertanya kami apa yang dia langgar.  Kami tak memberitahunya situasi sebenar sebaliknya meminta dia agar bertenang sahaja.  Maka dapat disimpulkan bahawa mangsa yang seorang lagi itu adalah pejalan kaki yang sedang melintas jalan dalam keadaan gelap.  Perhatikan kaki pakcik itu yang berbalut... 

Ini adalah kejadian kemalangan (maut?) yang pertama kali I saksikan.  Walaupun I tak nampak apa yang berlaku, tapi bolehlah dikatakan bahawa I merupakan orang pertama yang terlihat mangsa sejurus selepas berlakunya kemalangan itu.

I terus mengambil gambar.  I tak menyedari apa-apa yang pelik ketika mengambil gambar (kerana keadaan gelap) sehinggalah satu gambar yang kelihatan terlalu terang di sudut atas kiri.  I preview gambar itu, dan menyangkakan kemungkinan itu adalah jari I walaupun I rasa tak mungkin jari ini boleh sampai sehingga menutupi lensa kamera (Nokia 808 PureView).  Setting kamera semuanya automatik.  I teruskan mengambil gambar tapi berpada-pada juga lah sebab takut nanti orang marah mengambil gambar keadaan mangsa yang malang itu.  I sempat mengambil tujuh gambar sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana mangsa telah berada di tangan selamat sekumpulan orang yang prihatin.

Setibanya di rumah, I preview balik semua gambar dan segala bulu I terus meremang!  Lima daripada tujuh gambar itu menunjukkan tanda-tanda paranormal!  Gambar seolah-olah berkabus dan menunjukkan kehadiran 'orbs'.  Dengan menggunakan Photoshop, gambar-gambar tersebut di'enhance'kan dengan meningkatkan kontras.

Gambar pertama tak menjadi sebab keadaan amat gelap.  Kamera tak dapat fokus objek (mangsa) di seberang jalan.

Gambar yang sama di atas di'enhance' yang menunjukkan bayangan cahaya kemerahan dan 'orbs' berhampiran mangsa (yang telah tak bernyawa lagi?)

Hanya gambar ini dan satu lagi yang kabur yang nampak normal, tak berkabus.  Gambar tersasar sebab keadaan gelap.

Gambar seterusnya seperti berkabus.  Nampak tak cahaya kemerahan di atas kepala mangsa?  Tak nampak?  Tengok gambar bawah yang telah ditambah kontras.
Terdapat juga cahaya terang di dua sudut gambar - sudut atas kiri kemerahan dan sudut bawah kanan putih terang.

Gambar inilah yang I perasan terdapat cahaya terang di sudut atas kiri.  I sangkakan ini jari I, tapi tak mungkin jari I boleh sampai ke lensa kamera.

Gambar yang sama di atas yang telah ditambah kontras tapi 'kabusnya' masih terlalu tebal.  Perhatikan orang di sebelah kanan yang terlitup oleh 'kabus tebal' itu.

Gambar terakhir yang I ambil ini masih 'berkabus tebal'.  'Orbs' juga mula kelihatan.  Cahaya kemerahan di atas kepala mangsa juga masih kelihatan seperti di dalam gambar 5/6 di atas.

Gambar yang sama di atas yang telah ditambah kontras.  Apakah warna roh kita merah?



Sebenarnya kalau dilihat betul-betul, gambar mangsa di gambar pertama di atas juga terdapat cahaya kemerahan di atasnya.  Lihat gambar yang telah ditambah kontras di bawah.

I rasa pakcik ini tak dapat diselamatkan.  Takziah kepada keluarga mangsa.

Semoga abang yang terselamat ini pula mendapat rawatan yang sewajarnya di hospital dan segera sembuh.

Sebenarnya ini merupakan kali keempat I terakam gambar paranormal.

Kali pertama pada tahun 1990-an, tapi pada ketika itu tiada kamera digital, gambar dan negatifnya telah hilang.  Kali kedua ketika Perayaan Qingming tahun 2010. <== kilk untuk baca, lihat gambar terakhir.

Kali ketiga pula berlaku baru-baru ini di rumah keluarga, yang I percaya merupakan roh mendiang emak I yang meninggal pada tahun lepas.

Wednesday, February 09, 2011

OMG I broke my wrist!


OMG I BROKE MY WRIST!

Actually ini citer lama dah.  Gambar kat atas cuma lakonan semata-mata untuk menggambarkan kesakitan yang dialami pada masa tuh.  Hehe...

Kisahnya berlaku pada tahun 1997 semasa I ambik Degree in Architecture kat UTM Skudai.

Malam tuh seperti biasa I naik Honda C70 nak pulang ke asrama di luar kampus di Desa Skudai.  Kalau tak silap I masa tuh cuti pertengahan semester sebab kampus sunyi sepi.

I lalu ikut jalan biasa kat belakang perpustakaan.  Lingkaran Ilmu namanya.  I pelik sebab ader kon-kon diletakkan di persimpangan masuk ke jalan tuh.  Tapi I masuk jer sebab motorbike boleh masuk mah...

Jalan punya jalan, rupa-rupanya jalan sedang diturap, tapi tiada kelihatan pekerja-pekerjanya.  Mungkin diorang baru jer stop kerja sebab malam dah agak lewat.

Sedar-sedar, I dah termasuk ke lorong yang belum diturap tapi dah disembur ngan tar.  So I pon pergi lah masuk ke lorong sebelah yang sudah diturap.

Malangnya turapannya masih lagi lembut menyebabkan roda motorbike I tergelincir sebab tak leh naik.  Ia berlaku terlalu cepat.  Tangan I yang masih memegang handle terpelecok ke belakang apabila I rebah ke jalan yang masih panas lagi...

...FACE FIRST!
  
Nasib baik helmet I ader pasang visor plastik.  Muka I selamat tapi bibir I pecah.  Mujur jugak gigi I tak patah sebab I rajin memberus gigi ngan Colgate.  Hehe...

Memang sakit giler ah.  Nak mintak tolong pon tak der orang kat sekeliling.

Nak tak nak I terpaksa dengan payahnya menegakkan balik motorbike ngan sebelah tangan dan teruskan menunggang ngan tangan kanan yang dah patah dan dara darah yang menitis-nitis dari bibir menuju ke klinik berdekatan di Taman Universiti.

I lalu depan Guardhouse.  I rasa sorang pakguard tuh ternampak yang I sedang berdarah-darah.  Memandangkan I masih boleh bawak motorbike slow-slow, I tak berhenti membuang masa meminta pertolongan dari pakguard.  Taman U pon dekat jer.

Sampai kat klinik, I terus dilayan sebab kes emergency.  Doktor check kalau-kalau I ader patah kat bahagian-bahagian lain.  Mujur tiada.  Luka kat kulit pon sikit jer.  Cuma calar-calar sikit kat beberapa jari + penumbuk.

Doktor kata bibir I perlu dijahit.  Tapi kalau I tak nak pon tak per.  So I pon kata tak yah lah.  Nanti baik lah dia...

Doktor panggilkan ambulans.  I dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

Selepas di x-ray, didapati ader mild vertical fracture pada tulang ulna.  Doktor rekomen corrective surgery, tapi katanya risky jugak lah sebab ader urat-urat penting kat situ.

I pikir punya pikir... I kata tak payah lah buat surgeri.  I nak berobat secara tradisional sebab itu cuma dislocation.  Boleh dibetulkan tanpa pembedahan.  So doktor pon ikat lah pergelangan tangan I dulu bagi mengurangkan pergerakan sementara I mencarik tabib/pawang yang boleh dipercayai.

Dipendekkan cerita, I tak berjaya mendapatkan tabib yang konfiden boleh membetulkannya sebab tangan I dah semakin membengkak dan sakitnya toksah cakap lah.

I ended up in Tung Shin Hospital at Jalan Pudu, KL, only a week later.  Masa tuh bengkak dah surut, tapi masih sakit giler.

Doktor sana ntah apa-apa!  I diberikan suntikan bius di tangan kiri untuk dipengsankan tapi I tak pengsan.  Kemudian dia bagi suntikan dosej kedua.  I tak pengsan jugak.  Dia bagi dosej ketiga.  I masih tak pengsan-pengsan jugak!

So doktor kata dia dah tak leh nak tambah dosej lagik.  Dia suruh I masuk ward.  WTF???  Diorang sengaja nak I masuk ward sebab hospital nak charge riban-riban!

CIT PORAH!

I kata no way!  So I walked away...

Kesudahannya doktor tuh dah merosakkan urat saraf dekat tempat dia cucuk tuh.  Jari kelingking + jari manis tangan kiri I sekarang nih kebas memanjang.  I sepatutnya saman diorang masa tuh jugak!

The next day I pi pulak kat orthopedic specialist.  I citer kat doktor tuh what happened at Tung Shin Hospital.  So doktor tuh cakap dia kena bagi I obat bius untuk gajah.

BIAR BETOLLL???

Dipendekkan citer lagik, I pengsan dalam masa kurang 2 saat sebaik sahaja doktor tuh suntik I ngan obat bius gajah.

I sedar-sedar jer, I sedang dipapah oleh kakak I.  Tangan I dah bersimen.  Entah apa citernya, tangan I masih tak diperbetulkan. 

Selepas dua bulan yang menyiksakan, simen tuh dibuka.  I yang buka sendiri sebab biler I ke Hospital Sultanah Aminah, ader sorang nurse nih suruh I buat appointment dulu.  Dia suruh I come again next week!

BOLO PUNYA HOSPITAL!

Begitu lah citernya bagaimana tangan I jadik cenggini...

*Entri nih mendapat promosi dari Ben Ashaari!
>>> http://www.benashaari.com/2011/02/entri-aku-paling-menyampah-malam-ini.html
Terima kasih Ben!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2