Babab.net

Showing posts with label petua memicit jerawat. Show all posts
Showing posts with label petua memicit jerawat. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Cara memicit jerawat tak bertauliah

Gambar hiasan dari Google.

Entri ini adalah lanjutan daripada komen I kat entri ARRRGGGHHH JERAWAT!!! <-- ada video memicit jerawat cara hi-tech yang sangat best!  Mesti tonton!

I dari remaja sampailah sekarang masih bermasalah jerawat.  Cuma sekarang dah banyak berkurangan dan semacam bermusim.  I dah penat melayan masalah jerawat I.  Dah malas nak sapu ubat jerawat.  I biarkan jer ia naik.  Tapi I memang suka memicit jerawat kat muka ini.  Tak boleh nak tahan!

Alkisahnya pada suatu hari I terborak dengan seorang bekas rakan sekerja lelaki yang mempunyai kulit muka yang licin gebu mengenai masalah jerawat.  I puji kehalusan kulit mukanya <-- I jeles ler tuh.  Tapi agak memeranjatkan apabila dia mendedahkan bahawa sebenarnya dia juga mempunyai masalah jerawat.  Menurutnya, rahsianya ialah apabila jerawat kita dah masak, kita PICIT!

Selama ini kita biasa mendengar bahawa jangan dipicit jerawat kita kan?  Sebabnya, nanti muka kita berparut dan meninggalkan kesan hitam?  Betul ker?

So, camner tuh?  Camner kawan I picit?

Begini... menurutnya, apabila jerawat kita dah masak, kita kena picit sampai berdarah-darah... sehinggalah keluar plasma darah, barulah kita berhenti memicit.

Bermakna, apabila kita memicit jerawat, kita kena picit sampai habis.  Plasma darah itu akan menyembuhkan bekas luka jerawat tersebut.  Nescaya jerawat baru tak akan naik lagi di tempat yang sama.  Itu katanya lah...

Kalau diikutkan logik, I rasa betul jugak, sebab plasma darah kita mengandungi antibodi, antitoksin dan fibrin, iaitu agen pembekuan yang bertindak bersama-sama dengan platelet darah untuk menyembuhkan luka. <-- Sumber: eHow.

Jadi pada suatu hari, I pon try lah kat satu jerawat degil kat pipi kanan I yang naik lagi kat tempat yang sama.  Kesan parutnya memang agak dalam dan berbekas hitam.  I kasi kaw-kaw punya picit sampailah keluar plasma darah.

Kira-kira seminggu kemudian, ia sembuh sepenuhnya dan tak naik-naik lagi sehinggalah ke hari ini.  Parutnya dah tak seteruk seperti dulu, dan bekas hitamnya pon dah hilang!

Amacam?  I sendiri dah pernah try dan benarlah kata kawan I itu.  Walau bagaimanapun, I tak berani menjamin keberkesanannya untuk semua jenis jerawat.  Mungkin ini hanya berkesan untuk jenis jerawat yang kurang serius sahaja.


Akhir kata... picit, jangan tak picit! :-p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2