Ahhh... sedap...
Babab.net
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts
Wednesday, October 16, 2013
Saturday, March 19, 2011
How to use Chopsticks (筷子)
Korang reti makan menggunakan chopsticks? Kalau belum reti, sila ikuti video berikut untuk belajar cara yang betul memegang chopsticks.
Ehem... I sebenarnya baru jer belajar memegang chopsticks dengan betul setelah melihat satu pasangan Melayu makan menggunakan chopsticks dengan begitu expert sekali kat Majlis Rumah Terbuka UEM: Meriahnya 1Raya tahun lepas. Tak boleh jadik nih... I rasa malu sungguh!
Maklum lah, kitorang dari kecik lagi makan nasik atas pinggan menggunakan sudu + garfu. Zaman remaja pulak bersekolah di SBP. Dalam batch I, I sorang jer Cina daripada 119 pelajar. I kalau makan dengan tangan boleh lah!I memang sedar bahawa cara I memegang chopsticks salah. I dah try, tapi tak dapat-dapat jugak. Hurm... naper ye? So I pon malas dah nak belajar. Asalkan boleh makan jer sudah.Tapi melihatkan even orang Melayu pon pandai menggunakan chopsticks, naper I tak boleh? Dari situ timbul nekad untuk belajar.So pada suatu hari, I order 'kungfu hor' buat pertama kalinya kat restoran nih untuk dinner. Harganya RM8.00 sepinggan, tapi memang sedap giler! Berbaloi lah jugak...
Kungfu hor. Sedap giler!
Entah macamaner, I secara automatik boleh pulak pegang chopsticks dengan betul! Tetiba jer! Even sotong yang licin tuh pon I boleh kepit.
Dari situ I dah start practice. Memang menakjubkan! Even benda-benda kecik pon boleh dikutip ngan chopsticks!
Satu tips yang paling mudah untuk korang ikuti apabila belajar makan menggunakan chopsticks ialah, bayangkan jer korang memegang pensil. Mula-mula pegang sebatang chopstick dulu seperti memegang pensil. Kemudian tambah sebatang lagi chopstick yang dipegang jarak sedikit dari batang chopstick pertama menggunakan hujung ibu jari dan hujung jari telunjuk. Cuba gerak-gerakkan batang chopstick yang kedua nih. Cuba laga-lagakan pula kedua-dua hujung chopsticks untuk membentuk huruf 'V'. Boleh? Kalau korang dah boleh melaga-lagakan hujung chopsticks, bermakna korang dah lulus! Sekarang cuba kepit sesuatu. Mudah jer kan?

Selamat mencuba!
Kepada korang yang reti makan ngan chopsticks, baik mengaku cepat. I nak tabik spring kat korang!
Subscribe to:
Posts (Atom)