Babab.net

Showing posts with label islamic handicraft. Show all posts
Showing posts with label islamic handicraft. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Hadiah Perkahwinan Nazri

Hari Ahad ini 20.02.2011, I akan menghadiri majlis perkahwinan opismate I si Nazri.  I pernah gak jumpa tunangnya sekali.  Manis ayu orangnya.

Alkisah semalam selepas kerja, I lepak-lepak ngan empat orang opismate I kat restoran mamak berdekatan.  Kitorang terborak jugak lah pasal wedding si Nazri.  Nak belikan hadiah aper ye?  Pening kepala jugak kan bab nak beli hadiah nih?  Nak carik hadiah yang praktikal dan mampu bikin si penerima happy memang payah, kan?

Tapi kalau nak bikin si penerima menyampah macam Ben menyampah kat I hari tuh memang mudah ler.  Bagi jer hadiah album/bingkai gambar.  Agak-agaknya orang sekarang simpan gambar dalam album gambar lagik ker tak? 


Ini djaman digital weh!

Tak pon bagi jer hadiah pinggan-mangkok.  Kalau sepuloh orang yang lain pon bagi hadiah pinggan-mangkok, boleh lah Nazri bukak restoran kan kan kan?

Mangkok!

Ok ok ok... kita tak sepatutnya komplen hadiah aper orang nak kasik.  Sepatutnya bersyukor dengan pemberian orang ye tak?  Tapi nasihat I lah... cuba lah elakkan daripada memberi dua jenis hadiah seperti yang tersebut di atas.  Silap haribulan korang mungkin disumpah menjadik cicak!

Anyway, buat pengetahuan semua, kalau pergi wedding reception orang Cina senang jer.  Kitorang bagi angpow.  Paling kurang RM50 sekepala kalau wedding diadakan di restoran-restoran biasa.  Kalau kat restoran-restoran mahal atau di hotel-hotel, RM80-RM100 minimum sekepala tak kira budak-budak atau dewasa sebab kos ikut harga semeja.  Tengok menu jugak lah.

Berbalik kepada topik hadiah wedding Nazri, sedang enak kitorang bersembang-sembang, kitorang didatangi sorang lelaki Pakistan yang malu-malu kucing.

Dia bagi salam.  Kali pertama salamnya tak bersambut.  Kitorang pandang kat dia semacam.  Agaknya kitorang semua ingatkan dia nak mintak sedekah kot?

Dia bagi salam lagik.  Kali nih salamnya disambut dua orang opismate I yang Melayu iaitu Azrul dan ND.  ND tanya dia aper yang dia nak.  Dia pon speaking in English bahawa dia menjual Islamic handicrafts.  ND pon mintak lah dia tunjukkan handicraft yang dia nak jual tuh.

Uiks?  Boleh tahan handicraft nya!  Semuanya handicraft ukiran kayu bermotifkan Islam. Ader jam loceng dinding, ader quran stand, ader bakul transformer, ader ukiran kalimah Allah dan Nabi Muhammad...

I berminat nak beli!  I nak beli jam dinding yang besar tuh untuk dijadikan hadiah perkahwinan Nazri!  Diameternya lebih kurang 600mm.

Tapi I tengok ND pon macam berminat jugak.  So I kata kat ND kalau dia pon nak beli jam tuh, I tak kisah.  I kasik angpow jer lah kat Nazri.  November lepas I pon kasik angpow jer kat wedding ex-opismate I.

Ended up, I ambik jam dinding yang besar.  ND pulak ambik jam dinding yang satu lagik yang kecik sikit.  Azrul ambik dua bijik ukiran perhiasan dinding untuk koleksi peribadi.

Memang rezeki mamat Pakistan tuh lah!  Dia datang dengan bed yang berat.  Dia singgah kat meja kitorang.  Dia pulang dengan bed yang ringan.  Dia tersenyum lebar.

Tapi aper yang membuatkan dia lebih gembira dan seakan tak percaya ialah, dia mendapat tau yang I nih sebenarnya Cina dan bukan Islam!  Mati-mati dia ingat I Melayu masa dia mula-mula bagi salam tadik sebab I berjanggut, katanya.  Patut lah I tak sambut salam dia.  Hik hik hik...

Hmmm... I dah biasa sangat dah ngan situasi begini.  I LIKE!  Haha...

Tapi kan... masalah jugak nih.  Besar jugak jam tuh.  Kotak aper ek yang muat? 

Hah!  Kotak pizza!

Kotak pizza kepala hotak!  Kang jam nih dihurungi semut dan berbau semacam jer kang!  Lagi pon kotak pizza yang paling besar pon takkan muat nyer lah...

So I pon pergi lah Kepong Village Mall kot-kot Tesco ader jual kotak hadiah yang bersesuaian.

I parking kat basement.  Sampai kat lobi, I tengok naper lah orang berkumpul jer kat escalator?  Mereka nampak macam lost tapi senyum-senyum pulak?  Rupa-rupanya kedua-dua escalator hanya turun sahaja!  Tak leh naik!

Nak naik ikut tangga tak boleh sebab tangga hanya untuk exit jer.  So I pon membuat keputusan untuk naik jugak escalator tuh menyongsang arus!  Sorang kakak ngan anaknya joined in the fun.  Ye lah... biler lagik masanya orang dewasa boleh main escalator cenggini ye tak?  Kitorang ketawa memanjang jer biler sampai ke tingkat atas.

SENONOK! :-p

I pon start lah shopping.  Kertas balut hadiah -- dah jumpa.  Kad ucapan -- dah jumpa jugak, walaupon tak best sangat.  Kotaknya?  Kat maner nak carik ek?

Masa I nak pi bayar, I tengok ader sorang cik staf Tesco dengan satu troli penuh ngan kotak. Tapi semuanya kecik-kecik.  So I tebalkan muka bertanya cik tuh kalau-kalau I boleh mintak kotak dari management Tesco.  I kata I nak yang BESARRRR punya.

Dia suruh I bertanya kat kaunter pertanyaan.  Sekali lagik I tebalkan muka kat kaunter pertanyaan.  Mamat sana suruh I mintak jer ngan mana-mana staf yang tengah unpacking kat dalam sana.

So I masuk balik.  Survey punya survey, I berkenan ngan selambak kotak kosong kat satu sudut.  I pon tanya lah kat sorang staf yang berdekatan mintak kebenaran dia yang I nak songlap sebijik kotak untuk dibuat balut hadiah.  Dia tersenyum dan memberikan kebenaran.

YAY!  Problem solved! 

Camner rupa balutan hadiahnya?  Tengok kat sini.

Kepada Nazri, Selamat Pengantin Baru, dan Salam Maulidur Rasul kepada semua.


Satu untuk bilik tido, satu untuk ruang tamu.  Boleh?  Hik hik hik...

Doa untuk dimurahkan rezeki?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2