Babab.net

Showing posts with label bangkai kucing. Show all posts
Showing posts with label bangkai kucing. Show all posts

Thursday, February 09, 2012

Flat berhantu?



I beli flat lelong ini kira-kira 2 tahun lepas.  Selama itu I membiarkannya kosong.  Cuma pada bulan lepas ia telah dicat semula dan telah diperbaiki segala apa yang rosak.  Kini ia sedia untuk disewakan ataupun dijual.  Siapa yang berminat nak beli?

Teruk sekali keadaannya pada kali pertama I masuk ke rumah ini.  Pintu masuk rumah ini telah dipecahkan dan rumah ini telah dijadikan sebagai pusat pembuangan sampah!  Bertimbun-timbun!  Memang banyak lah lipas yang merayap-rayap.  Lantainya pula penuh dengan taik manusia yang sudah kering di sana sini!  Malah terdapat bangkai seekor kucing yang telah kering di salah satu bilik tidur tersebut.  Sayangnya I terlupa mengambil sebarang gambar pada ketika itu.

Suasananya memang amat menjijikkan dan menyeramkan.  Setelah dibersihkan, barulah I teringat nak mengambil video rumah ini.

Korang masih boleh melihat kesan kotor di lantainya kat video di bawah.  Bekas tompok-tompok yang kelihatan itu adalah bekas taik manusia.  Bilik ketiga di penghujung video adalah yang paling seram sebab keadaannya agak gelap.  Sayup-sayup kedengaran bunyi pelik yang menyeramkan di dalam bilik tuh...

Mungkinkah rumah ini berhantu?  Saksikan sendiri videonya...



Edit 05.03.2012:  Video entri ini hanyalah gurauan semata-mata.  Ia bertujuan untuk menunjukkan keadaan rumah sebelum ia diperbaiki.  Video selepas flat ini diperbaiki dan dicat semula boleh ditonton di entri ini.

Sila tekan LIKE kat bawah ini ye?  TQ!  Hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2