I mula berblog ketika I join opis baru di Ara Damansara pada bulan Disember 2010. Klik sini untuk membaca entri pertama tersebut.
18 bulan kemudian, I bertukar opis lagi apabila disunting (head-hunt) dengan offer yang lebih menarik. Head-hunting ini dilakukan sendiri oleh boss tersebut dan bukannya menerusi syarikat head-hunter. Offer ini datang tepat pada masanya kerana kontrak I dengan opis sedia ada baru jer tamat dan tiada khabar berita sama ada kontrak I akan disambung atau sebaliknya.
Semasa interview, boss omputih tersebut memberitahu bahawa dia memilih I semata-mata kerana I pernah bekerja untuk Unit One Design Sdn. Bhd. walaupun untuk tempoh setahun sahaja pada tahun 2003, selain daripada pengalaman I menyiapkan projek Lumina Kiara <-- klik untuk baca. Unit One sememangnya sebuah design firm yang terkenal dan banyak memenangi anugerah senibina dan senireka dalaman.
I sempat snap gambar pemandangan dari Meeting Room semasa second interview. Hehe...
Dipendekkan cerita, tanggal 28.05.2012, I memulakan kerja di opis baru ini, yang secara kebetulan adalah hari jadi boss.
Ini cubicle I di satu ceruk opis yang amat sesuai untuk tidur-tidur.
Gambar blur sebab tangan goyang.
Pada tengaharinya, boss belanja satu opis makan pizza untuk meraikan stafnya yang terbaru ini hari jadinya.
Kenyang siot...
Boss yang kat kanan sekali.
Bertuah sungguh dapat free lunch pada hari pertama di opis baru ini. Rakan-rakan sekerja 1Malaysia yang baru ini semuanya begitu ramah sekali. HR memberitahu terdapat seramai 39 46 (update 29.05.2012) orang staff di opis ini. Staff yang paling senior adalah makcik tukang bersih cleaner yang telah berkhidmat selama 20 tahun di sini!
Semoga kerjaya I akan bertambah maju bermula dari sekarang! :-)
Tahniah and all the best Johnson
ReplyDeleteTerima kasih Cik Izie.
DeleteCik Izie tak berblog ker? :-)
lum ada, tak pandai cerita ceriti
DeleteOh... belum masanya lagi kot...
Deletewah best kan tukar ofis?
ReplyDeletemesti lebih selesa..
sedap giler nampak kek hari jadi bos tu..hehe
Yup... lebih selesa, terutama sekali kerusinya. Hehe...
DeleteKek tu memang sedap. Sehingga menjilat pinggan! :-p
Makcik cleaner tu layak dapat long service award hehehe
ReplyDeleteBetul tuh. Potongan kek pertama boss kasi kat makcik cleaner tuh. :-)
Deletehuhuu..ok la tu..ade kje kosong x kt situ...huhu..tgh cri kje nih..huhu
ReplyDeleteFami specialises in what? Kat sini buat Architecture + ID + Graphics Design. :-)
DeleteRezeki tu u.. 'langkah kanan' :-)
ReplyDeleteyuppp good luck moga tempat baru ada ong buat staff nyerr
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy spray paint caliper brake disk kereta