Babab.net

Saturday, June 25, 2011

Girl Housemates from Hell!

 Gambar hiasan diambil dari website yang dah mati.  Dah tak wujud lagi dah...

Ini satu lagi kisah semasa I masih menuntut kat UTM Skudai.  Klik sini untuk baca kisah pertama yang setakat ini merupakan entri logokoko yang paling panas hasil bantuan promosi dari En. Ben.

Masa tuh sekitar tahun 1998-99 kot.  I sewa bilik kat tingkat atas sebuah kedai fotostat berdekatan ngan kedai Rainbow.  Tak tahu lah sama ada kedai tuh masih ada lagi sekarang nih.  Mungkin Ustazah atau anak itik boleh tolong jawab?

Actually memulanya I sewa keseluruhan tingkat atas kedai tuh yang mempunyai 5 bilik dan dua bilik air dengan harga murah supaya I boleh sewakan pulak bilik-bilik yang lain kepada orang luar untuk cover kos sewa bilik I.  I kena lah cari penyewanya dan kena in-charge kebersihan tempat tuh.  Untuk kira-kira setahun I duduk free jer kat situ.  Tak banyak masalah.

Kemudian apabila kedai fotostat tuh dah semakin berkembang, tokey kedai mintak balik 4 bilik yang lain.  Dua bilik depan dibuat bilik binding buku dan setor manakala dua bilik belakang dijadikan asrama untuk 5-6 orang pekerjanya yang merupakan gadis-gadis Melayu!

Tokey kedai telah bermurah hati mengenakan sewa bulanan sebanyak RM50 jer.  I teruskan jer lah stay situ kat bilik yang belakang sekali.  Selagi diorang tak kisah, I pon tak kisah lah.  Mana lagi nak dapat sewa bilik semurah itu kan?

Tapi... sedikit demi sedikit, pintu neraka mula terbuka!

1.  Korang jangan sangka orang pompuan tak kuat.  Gadis-gadis nih amat kuat memulas kepala paip shower ketat-ketat sampai lah ia patah pada suatu hari yang indah.  Tapi tak der saper yang nak mengaku dia kuat.

2.  I pernah kantoi sorang gadis nih menggunakan baldi I untuk merendam coli dan seluar dalam dia!  Erk!  I terus confront dan memarahi gadis tuh dan warning dia jangan buat lagi.  Entah dah berapa kali dia buat cenggitu I pon tak tahu.  Kalau kat rumah, mak/kakak I sentiasa mengasingkan pakaian dalam kaum wanita daripada pakaian kaum lelaki.  Tak elok bercampur-aduk.  Boleh membawa sial kepada lelaki, kata mak.  Korang setuju?

3.  Diorang nih suka masak mee Maggi <-- sila klik.  Setiap kali tuh pasti akan ada sisa-sisa mee yang ditinggalkan kat sinki.  I yang selalu membersihkan sinki dan mengutip sisa-sisa makanan untuk dibuangkan ke dalam tong sampah... sehinggalah akhirnya mereka telah berjaya membuat sinki tuh tersumbat.  Jalan mudah mereka, bukak jer bottle trap kat bawah sinki dan pasang balik.  Masalahnya, sekali dah bukak, dah tak leh pasang balik dengan betul.  Air meleleh-leleh ke lantai setiap kali sinki digunakan.  I letakkan baldi kat bawah sinki sementara menunggu tokey kedai upah tukang paip datang repair.  I kena selalu perhatikan baldi tuh.  Kalau dah dekat-dekat nak penuh, I angkat dan buang airnya ke dalam jamban.

Suatu hari ketika I tak der kat bilik, air dalam baldi telah penuh dan melimpah masuk ke bilik I sebab bilik I yang paling dekat dengan sinki.  Diorang boleh buat derk jer?  Bila I balik dari Studio, I punya lah mengamuk!  Diorang ingat bilik diorang jauh sikit daripada sinki maka air limpahan tuh takkan sampai ke bilik diorang ye?  Who cares ye?  Baik!  I ambik penyapu... I tolak air limpahan kat lantai sampai lah masuk ke bilik diorang pulak.  I memang mengamuk gila lah!  Baru lah diorang terkedek-kedek nak bersihkan lantai dan beringat jangan biarkan baldi tuh penuh.

4.  Ada sekali tuh I jumpa ketulan-ketulan merah-hitam seperti agar-agar bertaburan di atas lantai bilik air.  On closer inspection, rupa-rupanya itu darah kotor diorang!

WTF???

I terus turun tingkat bawah mengadu dengan tokey diorang.  Tokey suruh diorang cepat-cepat bersihkan dan warning jangan buat cenggitu lagi.  Gadis jenis apa nih?  Diorang tak tahu malu ker?

5.  Pada suatu malam yang indah tatkala balik dari Studio, I tengok cermin muka yang I gantung dalam bilik air dah pecah.  Ini mesti kerja diorang... tak der siapa lagi! Entah bahagian tubuh badan mana lah yang diorang nak cermin dalam bilik air sampai pecah cermin.  Cantik sangat kot bahagian tubuh diorang tuh sampai cermin pun pecah!  Tapi tak der siapa yang nak mengaku bahagian tubuh dia cantik.

6.  Pada suatu hari yang agak indah jugak, bilik air pulak yang tersumbat!  Apa lah benda yang boleh membuatkan floor trap sebesar 100mm diameter nih tersumbat?  I periksa floor trap tersebut dan nampak ada benda putih di dalamnya.  Agak dalam jugak lah floor trap nih... kira-kira 600mm.  I try kait dengan belakang batang penyapu tapi tak berjaya.  Mahu tak mahu, I terpaksa seluk jer dengan tangan.  Oleh kerana lengan I agak besar dan sekadar ngam-ngam jer dengan diameter lobang floor trap tuh dan dinding lobang pulak kasar dek simen yang terlekat semasa pembinaan, I kena seluk perlahan-lahan.  

Cuba korang teka apa benda yang I keluarkan dari lobang tuh?



























Sumber gambar dari sini.

Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi empat iPad wanita!!!

Lengan I dah habis calar-calar bergesel ngan simen kasar dalam lobang tuh!  I mengadu lagi dengan tokey diorang.  Kali nih tokey suruh asingkan bilik air.  Satu bilik air nih eksklusif untuk I jer.  Diorang guna bilik air yang satu lagi. 

7.  Last but not least, cuba korang teka pada suatu pagi yang indah ketika I nak bercukur, I terjumpa bulu apa terselit kat pisau cukur I?


49 comments:

  1. kesian gile lu bro..nak muntah pun ade baca ni..

    ReplyDelete
  2. sabar je lah...memalukan kaum hawa je...

    ReplyDelete
  3. @eiYja_cHum3yl
    Harap pembaca-pembaca dari kaum hawa jangan tersinggung ye? Gadis-gadis dalam kisah nih adalah dari spesies yang jarang-jaranbg dijumpai. I harap spesies nih akan pupus. Hehe...

    ReplyDelete
  4. aduhhhh teruknya lah pakcik... huhuhu...

    erm, ade lagi kedai rainbow tu sampai skang ni...hehehe

    ReplyDelete
  5. i (selaku pompuan) yg membaca, i SANGAT SANGAT SANGAT rse malu. i x ley imagine, ade gak "WANITA" mcm ni dlm dunia ni. ohhh, pening~~~ T_T

    ReplyDelete
  6. Bro.., kadang2.., itulah realiti yang terpaksa kita terima.. =)

    ReplyDelete
  7. @PapaMacho
    Bila dikenangkan balik, menarik jugak ye pengalaman nih? Hehe...

    ReplyDelete
  8. Woha, ini sebagai panduan utk kaum adam gak agar tidak terpilih wanita dari spesis yg cam tu. Harap muka jer lawa tapi pengotor dan pemalas.

    Waa Logo, i semakin tertarik pada you ler. Jrg nak jumpa lelaki yg pandai jaga kebersihan ni.hehe..

    Satu jer yg i tak puas hati, apasal kat gambar pad tu, kena letak gambar epal? letaklah gambar limau ker? anggur ker? knp epal?...

    ReplyDelete
  9. @GreenAppleKu.com
    Hehe... biasalah... dulu bersekolah di SBP sejak Form 1, so semua kena berdikari.

    Yang gambar epal tuh sebab dah jenamanya iPad. Lain la kalau jenamanya iPed, then logonya mungkin boleh jadik buah oren. ;-)

    Iye ker semakin tertarik? Jom kita kawin? Kih kih kih! :-p

    ReplyDelete
  10. teruknye!!! pantang betul kalau tengok bilik air kotor! diorang tu berasal dari planet mana?
    (membaca & mengulas dengan geram ni!!)

    ReplyDelete
  11. @blog-tips-kurus
    Ini I belom citer lagi kes I kantoi sorang daripadanya yang projek dengan bf dia kat bilik dia ketika dia ingat semorang dah balik kampung beraya...

    ReplyDelete
  12. @eqbalzack
    Memang... manusia... macam-macam ada. :-)

    ReplyDelete
  13. isk memang x patutla diorang buat macam tu. bg link fb diorang hahahahahah!

    ReplyDelete
  14. antara pengalaman2 tu, ada yg pernah sy alami dgn housemate dulu....huhu
    sbb tu sy rela duduk sewa sorang2 drpd sakit hati dgn perempuan x tau malu mcm tu....huhu

    ReplyDelete
  15. Eik.. memalukan kaum wanita..
    logo..
    mujurlah u nie jenis baik hati..
    ttg rendam pakaian wanita dan lelaki..
    mmg.. tak elok satu baldi..

    dan i mmg malu dgn u walau kaum dan bangsa lain2...

    ReplyDelete
  16. @Citarasa Rinduan
    Ish... naper malu pulak? Nilai-nilai yang baik dan buruk itu semuanya universal... tak kira bangsa atau agama.

    Ok lah Cik Ayu... I nak balik kampung. Jumpa lagi malam esok! ;-)

    ReplyDelete
  17. mesti u ni garang masa tu bro'...itu pasal lah diorang try tarik perhatian u..hehehe..Peace yawr...

    ReplyDelete
  18. anak itik nak jawabkan!!!!
    kdai pototstat tu wujud lagi..
    dah semakin maju..
    nad print poster and print keje autocad pon kat situ..
    kat situ khas utk print size besar2...

    okay! komen entry plak..
    ish! tragisnya cite ni..
    uncle john ni baguslah..
    rajin!!!
    leh buat pakcik tiri...hik3

    ReplyDelete
  19. ish, i tak boleh la duduk serumah dengan orang2 macam tu. I tension nanti. I tak sukalah kotor2 ni.camnela dorang ley tahan agaknya

    ReplyDelete
  20. perggghh mmng macam celaka.. xsenonoh pny peraangai... memalukan betul!! grr~~


    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  21. uihh..peliknyaa??takkan dalam ramai ramai girls dalam tu takde satu pun yang nak tegur kawan kwan diorang?? rase nak tutup muka pakai stoking je lah bila dengar kaum hawa buat macam nihh..haihh!!

    ReplyDelete
  22. Bab kahwin ni mana boleh buat main2. Awak jgn buat hal bro, kang tersebar gossip panas antara kita...hahaha...

    Mana artikel baru nih.

    ReplyDelete
  23. bro jon...kalau architect design logo 'kacang' je kan? hehe...

    ReplyDelete
  24. huhu, pengotornyee ~
    harap2 dorang insaf lah dari pengotor ke pembersih suatu hari nanti .
    ececehh :D

    ReplyDelete
  25. geli uwerk! but that is reality bila kene duk serumah dengan pompuan2 yg akal cetek.harap muka je lawa,tp aspek lain dorg xjaga.*vomit*

    ReplyDelete
  26. @EL MARIACHI
    I sampai sekarang pon masih garang lagi. Hahah!

    ReplyDelete
  27. @NadiRah
    Iye ker Cik Nad? Wah... dah maju giler ah!

    ReplyDelete
  28. @una berryItu lah pasal... taapi I yang tak leh tahan dengan diorang pon terpaksa tahan jugak. Sewa murah mah... :-p

    ReplyDelete
  29. haha...semua ke pompuan tu mcm tu...

    ReplyDelete
  30. Gilalahh.. malunye gua sbg seorg perempuan ble ade gk pompuan cmni. pengotoq gilaaaaa

    ReplyDelete
  31. hahahahah baru terbaca entry ni..lawak nak mampus cara u cerita.

    Tapi memamg pengotor melampau la pompuan2 tu sume..geli i ..tak malu betui.

    Paling tak tahan yang no 7 tu...tergelak macam orang gila kat opis ni sorang2. :)

    ReplyDelete
  32. geli nyer lahai..pengotor tahap melampau dah nie that girl tue..

    ReplyDelete
  33. Paling tak tahan adalah bulu ape di pisau cukur tuh? hahahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2