"There's no good deeds left unpunished".
Kali pertama I dengar pasal perlibahasa peribahasa di atas adalah menerusi drama TV Desperate Housewives Season 7. Kalau diterjemahkan secara langsung ke dalam Bahasa Melayu bunyinya lebih kurang begini, "Tiada budi baik yang tidak akan dihukum".
Erk? 'dihukum'? Naper bukan 'dibalas'?
Citernya begini...
I teringin nak membalas budi baik mereka yang telah sudi mengundi logo MRT I kat sini dan sini, tapi memang tak larat lah kalau I nak balas satu per satu. Lagi pun kebanyakannya I tak tahu pun undi itu datangnya dari siapa.
Semalam, ketika I bersiar-siar kat Forum LowYat bahagian Arts & Designs, I terbaca satu post dari seorang pelajar SEGi College yang meminta tolong untuk designkan satu poster untuk satu acara pada hari Isnin nanti. Gayanya macam desperate housewife jer sebab katanya, dia tak tahu apa-apa pasal design.
Lantas I teringatkan filem Pay It Forward (2000). Hmmm... bagus jugak kalau I membalas budi baik mereka dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya sekadar mengikut kemampuan I. Getus hati ini.
Kebetulan pulak I mendapat satu idea yang simple untuk poster tuh, jadi I terus menggoogle imej yang bersesuaian dan memulakan projek poster ini.
Kira-kira dua jam kemudian, siap lah poster yang simple itu:
Bahagian yang memakan masa untuk poster ini sebenarnya adalah logo SEGi College itu. Mengikut kehendak pelajar itu, poster mestilah mengandungi ayat "Get to know your personality here" dan juga logo SEGi College. Puas I google logonya tapi yang I jumpa semuanya kecik-kecik belaka. Jadi I terpaksa melukis semula logonya dengan menggunakan CorelDraw.
Apa yang mengejutkan apabila I post kan poster ini kat thread tersebut, si pelajar tersebut menunjukkan pula hasil kerja dia sendiri yang tak mengikut langsung kehendak-kehendaknya sendiri! Ok tak per... itu satu hal. Yang lebih menyedihkan, dia tak menunjukkan langsung tanda-tanda bahawa dia akan menggunakan poster yang I buat FREE untuk dia. I tahu sebab I tengok dia tak download pun poster versi hi-res yang I upload kat Mediafire.
Sebaliknya dia minta orang komen poster dia, yang secara jujurnya I beritahu dia bahawa poster tuh nampak amateur. Tapi perlu ker komen lagi di antara dua poster yang terpampang itu? Dah memang dia mengaku bahawa dia tak reti design langsung, ye tak? Ini poster yang dia buat sendiri:
Selepas itu, dia 'perbaiki' lagi poster dia. Ini hasilnya:
Hmmm... orang dah siapkan poster FREE untuk dia sebab dia yang minta, tapi dia tak nak gunakan pula. Kalau nak gunakan hasil kerja sendiri, kenapa meminta bantuan? Apa kes?
Haih... nak buat camner la kan? Dah dia tengah syok sendiri. Dia ingatkan poster dia lebih cantik. Biarkan jer lah. Hak dia. Salah I sendiri lah sebab tersalah bantu orang. I tak mahukan 'payback' sebaliknya I nak dia 'pay it forward' jugak. Tapi nampak gayanya dia tak akan 'pay it forward' sebab dia tak ada sebibit pun terasa 'terhutang budi'. Tak per lah...
Cerita penuh kat sini.
Pengajarannya, kalau kita nak tolong orang secara rawak, kena periksa betul-betul. Tunggu dulu. Tunggu... dan tunggu. Nanti-nanti, ada lah orang yang akan tolong dia. Kot? Ish... kalau begini, sampai bila-bila pun kita tak akan dapat tolong sesiapa, ye tak?
Ok... mengikut filem Pay It Forward, kita patut membantu secara rawak tiga orang yang tidak kita kenali.
One down, two more to go. Siapa agaknya dua orang 'bertuah' ini ye? I harap dua orang ini akan kelak akan 'pay it forward' jugak, masing-masing kepada tiga orang secara rawak, dan begitu lah seterusnya...



