Babab.net

Showing posts with label mrs ben. Show all posts
Showing posts with label mrs ben. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Entry Rojak: The Accidental Sogo Member

Memandangkan semua follower I adalah orang Melayu, I rasa I buat entry dalam Bahasa Melayu jer lah atau lebih tepat lagi Bahasa Rojak.  Ok?


Entry nih adalah extended version of my reply to Ben's special posting on Saturday, 15.01.2011.  Thank you Ben, sebab follower I melonjak terus daripada 10 orang menjadik 33 orang selepas posting tuh.  Trafik toksah lah citer... meningkat mendadak!  Terima kasih kepada semua yang sudi follow!  Muaaaahh!  Love you all!

So, kenapa I boleh ter-menjadik member Sogo?  Ini semua Ben punya pasal lah!  Heheh...


Kisahnya bermula apabila Ben dalam beberapa postingnya ada menyebut pasal gathering dengan KakChik di Sogo hari Sabtu tuh.  Ben menjemput sesaper yang berminat untuk turut hadir memeriahkan suasana.

I teringin nak join... nak bertemu ngan celebrity blogger kita Ben Ashaari yang tak lokek ilmu membantu blogger-blogger baru.  I pon last minit jer decide nak pergi walaupon I tak tahu kat mana mereka akan berjumpa.  Yang I tau, Sogo jer.

I kuar rumah pon dah terlewat... about 11:50am.  Gathering dijadualkan 12:00pm.  Sampai jer kat Jalan Segambut, trafik jam pulak!  Apehal jam hari Sabtu di tengah-tengah hari buta nih???

Ok tak per... trafik jam adalah dalam 10 minit untuk melepasi kurang 200 meter.  Kot?  Selepas berjaya kuar daripada trafik jam, I terus meluncur ke pusat bandar.  I ambik Jalan Kuching-Jalan Parlimen-Lorong  Tuanku Abdul Rahman 2-Lorong Gombak-Jalan Esfahan.

Tiba kat Sogo, parkingnya dah penuh pulak!  Langit dah mendung semacam jer, so I tak leh nak carik parking jauh-jauh.  Kang tangkap basah nanti saper yang susah?  Hehe...

I had no choice but to go with the traffic flow.  I terpaksa kuar balik ke Jalan Raja Laut.  I heran apsal jam memanjang kat sekeliling Sogo nih?  Hmmm...

So I kept right... terus memandu pelan-pelan untuk mencarik parking.  Kompleks Pertama pon nampaknya dah penuh tapi Bangunan Medan MARA di sebelahnya mungkin ada kosong kot?  I pon gamble lah masuk Medan MARA.  Pusing punya pusing... semuanya reserved parking!  Cisss!  So I pon pusing kuar balik cakap kat parking attendant bahawa parking dah penuh.  Tapi dia kata ader lagik parking kat Basement 3.  Owh.  Ader lagi basement ker?  Heheh...  Ok, so I pon turun lah ke Basement 3, terus sambar parking kosong yang pertama yang I jumpa.

I pon rushing lah ke Sogo.  I dah start berpeluh sebab air-cond keter I dah rosak sejak hari Selasa.  Tak berkesempatan lagik nak pi repair.

Sampai jer kat pintu masuk Sogo, I tengok apsal tak leh masuk pulak nih?  Apsal pintu masuknya berpenghadang?  Kaunter apa pulak tuh?  Apsal orang ramai berbaris masuk macam budak tadika nih?  Hmmm...

So I pon tanya sama itu hud-hud staff Sogo what's happening?  Dia kata hari nih hari untuk member sahaja.

PULAK DAHHHH!!!

Katanya, I kalau nak masuk boleh, tapi kena join member dulu lah.  Bayarannya cuma RM12 untuk 2 tahun.

Tsk!  Ok lah ye lah ye lah I join!

So I pon berbaris lah macam budak tadika untuk register.  Cuaca walaupun mendung, tapi stuffy!  Maka mencurah-curah lah peluh I kuar.  Kat kaunter registration tuh diorang bukannya menghalakan kipas ke arah customer, tapi arah ke diorang jer.  Cisss!           

Last-last I berjaya masuk ke Sogo!  YAY!  I terus terjah ke Food Court yang berada di Tingkat 6.  Bila melangkah jer ke food court, I dah nampak Ben bersama sorang wanita tengah bercumbu rayu.  Ok yang nih I tipu.  Kih kih!  Ben dan Mrs. Ben jangan marah ok?

Si Ben nih memang mudah dikesan sebab I memang dah kenal rupa dia + badannya  jenis bodybuilder.  Tak mungkin pelanduk dua serupa.

Tapi I segan lak nak tegur, sebab mana yang lain???  Gathering dah tamat ker?  Ok ker kalau I ganggu dia yang sedang bercumbu rayu ngan wanita itu?  Ok I tipu lagi.  Diorang tak bercumbu rayu.  Tapi memang romantis sangat!  Hehe...

So I buat muka tebal... I pergi kat Ben.  I tegur Ben.  Ben terkejut beruk.  Ok I tipu lagi.  Kah kah kah!  Ben tak terkejut beruk, sebaliknya dia kenal I!  "Logo!", katanya.  Fuiyo!  Bangga siot dia kenal I!  Hehe...

Pas tuh I tanyalah Ben mana yang lain?  Entah apa Ben cakap I pon tak dengar sebab I tengah high sebab Ben kenal I!  Kah kah kah!

Kemudian barulah Kakchik + anak + Tokey the famous Lemon Rosemary Chicken + anak-anak kembali ke meja.  Tadik diorang gi order makanan kot?  Hehe...

I order air tebu + dua bijik popiah basah yang garing sebagai brunch.  Aparaa amoy jual popiah tuh bercakap Melayu ngan I.  Dia tanya makan sini ker bungkus?  I jawab makan sini.  Dalam BM jugak.  Heheh...  Sedap jugak popiah tuh.

Lama jugak kitorang berborak bergosip bergelak ketawa.

Lepas tuh kitorang pon bersurai about 3pm?  I teruskan bershopping di Sogo.  I sempat beli set cadar queen size cap Novelle @ RM95.76, sepasang seluar cap Buaya @ RM139.90, dua helai sexy shorty cap Pierre Andre Cardin @ RM34.11, dan track bottom cap Harimau Kumbang @ RM32.90.  Jumlah RM302.67.  Dapat balik RM20 rebate coupon.

Pinggang I dah nak patah dah.  I dah tak larat lagi dah.  Jam dah menunjukkan dekat kol 6:00pm.  Perut dah berkeroncong semula.  So I pi Tingkat LG makan bihun + karipap + kopi ais buat alas perut.  Pas tuh I pi Hong Leong Bank + Alliance Bank + Citibank bayar bil credit card.  Sampai kat rumah dah kol 8:00pm.

Yang bingainya, I terlupa nak bawak balik seluar cap Buaya tuh untuk diukur dan dijahit kaki seluarnya!  Errr... betul ker istilah 'kaki seluar' nih?  Hehe...

Nampak gayanya I kena pergi ke Sogo lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagiiii...

So, gitu lah citernya camner I boleh ter-menjadik member Sogo. ;-)


Special terima kasih kepada KakChik yang memberikan idea membuat entry nih.  :-)


Oppsss!  Ringkas dan padat ker entry nih?  Kih kih kih!


*Entri nih mendapat promosi dari Ben Ashaari!
>>> http://www.benashaari.com/2011/01/blogger-contoh.html
Terima kasih Ben!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2