Babab.net

Showing posts with label menang. Show all posts
Showing posts with label menang. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Friday, July 15, 2011

I menang lagi!

Menang lagi?  Menang lagi apa?

Haaa... I menang logo contest lagi menerusi penyertaan >>ini<< !

Tapi, apakah itu 'logo'?  Klik sini untuk mengenali tiga jenis logo asas.

Okeh... dalam keputusan yang diumumkan pagi semalam di EqbalZack.com, logo ciptaan I telah berjaya memenuhi semua expectations-nya, iaitu mengandungi huruf-huruf 'E', 'Q', dan 'Z'.  Ketiga-tiga huruf ini telah berjaya digabungkan membentuk satu logo yang 'powerful' tetapi tetap simple!


Terima kasih Eq kerana telah membuat pilihan terbaik!  Namun harus I akui bahawa logo ini masih belum sempurna dan boleh diperbaiki lagi...

Ini bukanlah kali pertama I memenangi pertandingan mencipta logo.
Itu sebabnya tajuk entri ini 'I menang lagi!'

Logo contest pertama yang I menang sebenarnya bermula di sekolah menengah dulu semasa di Form 3.  Logo yang dicipta adalah untuk Malam Kebudayaan sekolah.

Selepas itu I tak join logo contest lagi sehinggalah pada tahun 1997 semasa I sambung buat Degree in Architecture kat UTM Skudai, iaitu Perodua X555 Grille Mark Design Competition yang hanya terbuka kepada IPT yang mempunyai 'design schools'.  Pertandingan ini amat bersesuaian dengan mata pelajaran Elektif B yang I ambik pada semester itu.

Atas bimbingan dan tunjuk ajarku sifu En. Fawaz yang mengkhusus dalam bidang fine arts, I telah berjaya menghasilkan sebuah logo yang powerful untuk Perodua!  Apabila ditunjukkan kepada En. Fawaz, pada tika dan saat itu juga beliau sudah pasti bahawa logo ini akan menang.  Memang betul telahan beliau apabila keputusannya diumumkan setahun kemudian!  Berjanggut menunggu keputusannya oooiii!  Hehe...











Hanya satu sahaja hadiah utama (RM5,000) <-- I bolot dan lima hadiah saguhati diberikan walaupun dalam poster pertandingan menyatakan terdapat lima kategori yang masing-masing menawarkan 1st, 2nd, 3rd prizes di samping hadiah-hadiah saguhati.  Lima hadiah saguhati itu semuanya disapu oleh UiTM (ITM pada masa itu), kalau tak silap I.  Kemenangan ini amat membanggakan UTM.

Logo baru Perodua ini dilancarkan pada bulan Julai 1998 bersempena dengan pelancaran model 4WD-nya yang pertama, iaitu Perodua Kembara.

Selepas itu I dah semacam ketagih dengan pertandingan mencipta logo sebab I dah tahu apa yang diperlukan di dalam sesebuah logo itu untuk menang!

Berikut di bawah ini adalah di antara pertandingan-pertandingan logo yang pernah I menang di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.  Namun bukan semuanya menang first prize ye...

=====================================

Modular Coordination Campaign Logo Competition,
Construction Industry Development Board (CIDB),
Malaysia, May 2000
(Won 1st Prize)
















=====================================

World Skills Visual Identity Design Competition
(International Student Design Competition),
Lisbon, Portugal, June 2000
(Top 8 Finalists)







Ini hadiahnya yang disampaikan oleh Dato' Seri Samy Vellu.
















=====================================

Revolution9 Downline Club Logo Competition,
Vermont, USA, June 2002
(Won 1st Prize)











=====================================

Revolution9 Grapevine Newsletter Logo Competition,
Vermont, USA, August 2002
(Won 1st Prize)









=====================================

Revolution9 RevSHARE Debit Card Design Contest,
Vermont, USA, December 2002
(Won 1st Prize)














=====================================

BERNAMA Logo Design Competition,
Malaysia, May 2004
(Won consolation prize: RM500)



















=====================================

Ok byeeee...

Hehe...

Wednesday, January 26, 2011

Terharu Mendapat Award!

Jumaat 21.01.2011, I rasa curious sebab blog I menerima trafik dari aida-myasara.blogspot.com.

So I pon terjah lah blog Aida.


First time terjah, I usik Aida kat Cbox dia.  I kata I dah skodeng dia dan terus jadik stalker follower dia.  I tak baca sangat entry dia sebab busy ngan kerja opis.




Sejam kemudian selepas lunch, I rasa tak puas skodeng Aida tadik.  So I skodeng Aida lagi.


I skodeng entry dia.  Waaaaa... Aida dapat Blogger Creative Award!  Jeles nye!  Nanti nak ngorats congrats dia.  Jap... biar I baca sampai habis dulu.


Baca punya baca...


UIKS???




Uwaaaa... I terkejut beruk!  Tak tipu!  Kembang-kempis hidung I menahan rasa terharu!


Apsal Aida tak bagitau yang I dapat award?  Nasib baik I nih CSI tersohor yang punya deria keenam.  Ker Aida yang hantar telepathy?  Hehehe...


I happy sangat sampai terlupa nak congrats Aida.




I ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap berucap mengucapkan tahniah dan kepada Aida kerana mendapat Blogger Creative Award, dan seterusnya menjangkitkannya kepada 5 bloggers yang lain.



Dengan ini, I nak menjangkitkan pula Blogger Creative Award nih kepada (in no particular order):


1.  mysyoksendiriblog.blogspot.com
Selaku pengomen pertama blog I selain daripada opismate I.  Blogger dari Sarawak nih I dah kawan sejak djaman Malaysian Idol 1 menerusi Forum Bluehyppo.  Sampai sekarang dia tak habis-habis lagik berperang ngan sorang minah nih yang dikatakan fugly.  Haih... korang pi lah terjah blog dia.


2.  www.eqbalzack.com
Kalau korang nak tau, I finally started blogging last December after reading Eqbal's blog.  I got inspired!


3.  elmariachiblues.blogspot.com
E-novelis berbakat!  Siap ader contest review e-novel dia.  Tarikh tutup 31.03.2011.  Hadiahnya?  Semalam bersama Jennifer Lopez!  Ok I tipu sikit-sikit.  Korang terjah lah e-novelnya Maiza Amira untuk mengetahui aper hadiahnya.


4.  hidupberi.blogspot.com
Blogger nih sangat suka makan berries.  Hehe... Una jangan marah!


Last but not least...


5.  Nak award kat Ben Ashaari boleh?  Ahhh... tak payah lah kot?  Kang semorang pon nak kasik award itu ini kang saper yang susah?  Habis blog Ben penuh bertempek awards siti situ sana sini!


5.  malaysiamilitarypower.blogspot.com
Blog nih specialises in military stuff.  Korang kekadang tak leh nak bezakan mana citer betul, mana citer olok-olok.  Korang akan rasa macam nak sekeh kepala dia jer selepas korang mendapat tau yang korang dah kena kencing.  Hahaha!


Boleh kasik kat 5 orang jer ker?  Ok lah... itu jer lah I nyer pilihan Top 5.


Oh ye... penerima digalakkan untuk menjangkitkannya kepada 5 bloggers yang lain.  Tiada paksaan.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2