Babab.net

Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Thursday, November 05, 2015

Pertandingan Mencipta Logo MyHSR - Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail

Dah lama tak masuk pertandingan mencipta logo.

I mendapat tahu pasal pertandingan logo ini menerusi seorang rakan FB.

Dipendekkan cerita, tarikh tutup pertandingan ini adalah hari ini jam 5pm tadi.  I hantar dua logo.  Logo pertama dihantar lewat tengah malam semalam.  Logo kedua yang merupakan pembaikan daripada logo pertama dihantar lebih kurang jam 4:50pm.  I tunjuk logo kedua jer lah kat sini.  Buat apa nak tunjuk sesuatu yang lebih buruk ye tak?  Hehe...


Syarat-syarat utama pertandingan hanyalah dua -- mesti mengandungi perkataan 'MyHSR Corp' dan hendaklah mengandungi warna-warna dari Jalur Gemilang.  Tiada perlu menghantar rasional logo.

Rasional logo ini biarlah rahsia buat ketika ini.  Akan diceritakan apabila pemenangnya sudah dipilih.

Sebenarnya I dah buat banyak versi, tapi versi inilah yang dipikirkan sebagai yang terbaik.  Tapi versi ini pun ideanya datang pada saat-saat akhir.  Kalau lah ada sedikit masa lebih, dinamik dan bentuk kepala keretapi logo ini boleh diperbaiki lagi.  Diharapkan ia tetap akan berdaya menarik perhatian para juri.

Sebanyak 20 penyertaan terbaik akan dipilih.  Seterusnya tiga finalis akan diputuskan.  Pemenangnya akan diputuskan menerusi kekuatan penjelasan rasional logo masing-masing.

Hadiah utama berupa wang tunai RM10,000.  Finalis yang dua orang lagi itu akan menerima RM3,000 seorang.  Manakala 17 penyertaan terbaik yang lain masing-masing akan menerima RM1,000 seorang.

Wismilak!


Update 05/11/2015:

Diperbaiki (meskipun terlewat).



Saturday, May 07, 2011

UFO @ KLCC???

Fuhhh!  Dah genap sebulan I tak update blog!  Blogwalking pon dah jarang.  Busy sangap sangat ngan kerja.

:~(


Korang pernah tengok UFO ngan bijik mata sendiri?

Pada 24.03.2011 jam 9:38pm on the way ke Citibank Jalan Ampang nak bayar bil kad kredit, I berhenti kat traffic light di persimpangan dilema Jalan Ampang / Jalan P. Ramlee.

Tetiba I terpanggil untuk mengambil gambar KLCC yang terang-benderang bak mentol gergasi.  Saper yang panggil I pon tak tau.  I turunkan cermin tingkap kereta dan mengambil gambar KLCC ngan handphone I yang masih serba baru lagik (har har!) iaitu Nokia C6-01 yang I beli kat Low Yat Plaza selepas gathering bloggers kat BTS pada 30.01.2011.

I set kamera kepada 'Night Mode' tanpa flash.  Snap kali pertama I tengok kat skrin macam blur jer sebab tangan tergoyang sikit.  So I pon snap lah lagik sekali.  Tapi hampeh snap kali kedua pon bergoyang jugak sebab traffic light dah bertukar hijau dah.  Kena gerak dah...  Grrr...

I tak perasan pon ader sesuatu yang pelik pada kedua-dua gambar tuh sehinggalah kira-kira 2-3 minggu kemudian apabila I belek-belek... zoom-in zoom-out semua gambar yang ader kat handphone I.  Cuba korang tengok sendiri...

Gambar pertama.  Klik untuk view gambar besar punya.


Zoomed-in picture added on 11.05.2011.

Gambar kedua.  Klik untuk view gambar baik punya.



Zoomed-in picture added on 11.05.2011.

* Added on 18.05.2011:  I made a video from the two UFO pictures.




Korang rasa apekemendenye tuh?

Jom layan video UFO kat China tahun lepas...  


* Edited 11.05.2011:  An amateur video accidentally captured an UFO @ KLCC on 13.10.2010!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2