Babab.net

Showing posts with label kena ragut. Show all posts
Showing posts with label kena ragut. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Kena ragut!

Sekadar gambar hiasan.

Bukan I kena ragut la... mintak dijauhkan.

Baru jer sebentar tadi I menyaksikan dari opis I sorang mamat Cina kena ragut oleh dua orang mamat Melayu di atas motorbike.  I rasa diorang tak berjaya sebab beg galas mangsa (mungkin mengandungi laptop) masih tersangkut di bahunya meskipun mangsa terjatuh.  Mangsa cuma mampu menjerit dan cuba mengejar peragut, tapi peragut dah memecut ke lorong belakang deretan kedai di situ.  Mangsa hanya mengejar dua tiga langkah tapi membatalkan hasratnya, mungkin kerana peragut tak berjaya meragut begnya.

I pun tergamam kejap... tak ingat pulak nak cam nombor plat motorbike peragut.  Ish...

Tapi berdasarkan kepada arah peragut itu lari, I rasa diorang masih bersembunyi di belakang deretan kedai tersebut sebab diorang hanya boleh keluar di hujung yang satu lagi yang pada ketika kejadian, turut disaksikan oleh beberapa orang yang sedang lepak-lepak dan berbual di sana.  I memerhatikan buat seketika, tapi diorang tak keluar-keluar jugak dari hujung sana.

Hmmm... lepas nih kena berhati-hati apabila meninggalkan opis nanti.  Kena perhatikan kiri kanan depan belakang semasa berjalan ke arah kereta...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2