Babab.net

Showing posts with label kampung datuk keramat. Show all posts
Showing posts with label kampung datuk keramat. Show all posts

Sunday, September 04, 2011

Fakta menarik tentang Kg. Datuk Keramat


Gambar ikhsan Google.

Semasa membuat entri keramat ini <-- klik, I terjumpa satu fakta menarik mengenai Kampung Datuk Keramat.

Tahukah anda apakah nama asal Kampung Datuk Keramat ketika awal kewujudannya pada tahun 1950-an?

'Kampung Tangga Cina'!

Bagaimana kampung yang majoriti penduduknya orang Melayu boleh dinamakan 'Kampung Tangga Cina'?

Khabarnya, ia mendapat namanya dari kehadiran beberapa orang India yang dipanggil 'Tanggaci'!

Menarik, kan?  Sebuah kampung Melayu dinamakan 'Kampung Tangga Cina' disebabkan oleh kehadiran beberapa orang India yang dikenali sebagai 'Tanggaci'.  Memang 1Malaysia lah sejarah Kampung Datuk Keramat.  Hehe...

Namun oleh kerana nama Kampung Tangga Cina didapati kurang sesuai, ia kemudiannya telah ditukar menjadi Kampung Datuk Keramat bersempena dengan kehadiran sebuah kubur keramat di sana.

Bayangkan jika Kampung Datuk Keramat pada hari ini masih mengekalkan namanya sebagai Kampung Tangga Cina?  Tentu hairan bin pelik, tapi inilah Malaysia.

Oh ya... masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Sumber:  Wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2