Sejarah cincin emas yang I pakai nih
tiada kaitannya dengan sebarang kisah cintan-cintun.
Kisahnya bermula
di sebuah Fun Fair di Taman Universiti, Skudai pada tahun 1998. I dah lama memerhatikan sekumpulan orang yang sedang
bermain Bingo. Setiap pusingan, hadiah
yang berlainan ditawarkan. Kalau tak
silap I, RM1.00 dikenakan untuk bermain.
Pada pusingan terakhir, sebentuk cincin emas ditawarkan. Kalau tak
silap I lagi lah... RM2.00 dikenakan untuk bermain.
Lama jugak hos tuh memanggil orang ramai untuk menyertainya.
Mungkin disebabkan bayaran untuk pusingan terakhir nih mahal sikit,
ramai yang telah bermain sebelum itu membuat keputusan untuk tidak bermain
lagi. Mungkin mereka kecewa nasib
tak menyebelahi mereka.
Kemudian hadiah ditambah menjadik dua bentuk cincin
emas. Menarik! Beberapa orang lagi join. I masih tengah berpikir nak join ker tak nak. I rasa peluang untuk menang agak sukar kot? Nah... I won’t be that lucky lah!
Hos tuh memanggil lagik.
Panggil punya panggil, dia menambahkan hadiahnya kepada tiga bentuk
cincin emas!
Wah! Best nih! Hati I tergerak untuk mencuba nasib. Beberapa orang yang lain turut join. I
mendapat satu papan dengan set nombor rawak.
Tiada dua papan yang mengadungi set nombor yang sama.
Permainan pon bermula.
Satu demi satu nombor dicabut. I menjadik semakin cemas apabila I dah
mendapat 4 daripada 5 nombor yang diperlukan untuk menang. Jantung I berdegup kencang.
Come on… come on!
Just one more number!!!
Beberapa nombor
lagik diumumkan, tapi masih belum ada sesaper lagik yang meneriak Bingo! Kita perlu teriakkan Bingo! secepat mungkin
sekiranya nombor kita dah lengkap untuk menang.
Kalau ada orang lain yang teriak dulu, maka orang tuh lah yang menang.
Apabila nombor
seterusnya diumumkan, jantung I terhenti seketika. Nombor I dah lengkap!? Biar betul??? Errr... errrr... I pon teriak lah
BINGO!!!
Semorang pandang
kat I. Ada yang mengeluh. Orang sebelah mengucapkan tahniah. I macam tak percaya yang I boleh menang 3 bentuk
cincin emas di Fun Fair pada percubaan pertama! Setelah papan I diperiksa oleh hos, tiga bentuk
cincin emas tuh berserta ngan sijil-sijil keasliannya diserahkan kepada I.
Memang emas tulen, tapi cincinnya agak nipis dan
lembut. Mudah kemek. Jari-jari I pulak agak
besar. Cuma muat kat jari kelingking
jer. Itu pon ketat. So I simpan jer.
Sehinggalah pada
tahun 2003, I membuat keputusan untuk meleburkan ketiga-tiga cincin nih untuk
dijadikan sebentuk cincin yang lebih besar dan tebal.
I’ve been wearing it ever since.
Kepada kengkawan Muslim, I tau bahawa lelaki Islam tak leh
memakai emas. Bagaimana pulak hukumnya
bermain Bingo? Judi?