Ahad lepas (3 April 2011), kami serombongan 22 orang ahli keluarga ke Batu Pahat, Johor untuk Perayaan Qingming (Ching Ming), iaitu hari untuk menziarahi dan membersihkan kubur nenek moyang.
Perayaan Qingming jatuh pada 5 April setiap tahun. Kaum keluarga mempunyai masa selama 20 hari untuk menunaikan tanggungjawab nih setiap tahun, iaitu 10 hari sebelum dan selepas tarikh 5 April. Pada tahun-tahun lompat, ia jatuh pada 4 April.
Nama-nama lain untuk Perayaan Qingming termasuklah:
*All Souls Day
*Clear Bright Festival
*Ancestors Day
*Festival for Tending Graves
*Grave Sweeping Day
*Tomb Sweeping Day
*Chinese Memorial Day
*Spring Remembrance
I rasa tak yah lah I buat lecture pasal Qingming sebab informasi kan di hujung tanduk jari kiter? Kalau berminat nak tau lebih lanjut, korang boleh lah klik di sini.
Entri kali nih lebih kepada entri bergambar.
Ini adalah 'pondok pengawal' yang perlu kiter sembah dulu untuk memanggil datuk nenek supaya 'naik ke atas' sebab anak-cucu-cicitnya dah sampai!
Inilah kubur datuk dan nenek sebelah bapak. Sempoi giler, kan? Batu-batanya cuma disusun cenggitu jer tanpa bersimen.
My datuk (1899-1949).
My nenek (1906-1984).
Baju baru dan jam tangan emas untuk datuk.
Baju cheongsam baru sedang 'dihantar' kepada nenek.
Beg LV -- satu untuk datuk, satu untuk nenek.
Eh... bukan LV, tapi VLV. Hehe...
Tahun nih iPad is the 'in' thing! Tapi kitorang hantar satu jer dulu ye datuk, nenek? Tahun depan kitorang hantar iPad3 pulak ye?
Selepas berpanas di bawah terik matahari, kitorang menjamu selera kat sebuah restoran. Seperti tahun lepas, kitorang sempat bergambar kenang-kenangan beramai-ramai.
Sebut pasal tahun lepas, gambar kat bawah nih I ambik semasa Perayaan Qingming tahun lepas kat Tokong tempat kitorang simpan plat datuk dan nenek...
Nampak benda seperti asap tuh? Padahal masa tuh tak der sebarang colok yang sedang dibakar. I terambik gambar paranormal activity! Meremang bulu tengkuk! Untuk melihat gambar-gambar sekitar Perayaan Qingming 2010, sila klik sini.
Qingming tahun nih barulah bapak I bagitau bahawa tarikh kematian datuk ialah pada 7 April (1949). Kebetulannya, itulah jugak tarikh hari lahir I dan abang I yang sulong. Hari lahir sorang anak buah kami jugak jatuh pada tarikh yang sama!
Entri nih I kena buat jugak hari nih, 7 April 2011 sebagai memperingati ulangtahun kematian datuk I yang ke-62. Sementara I, abang sulong I, dan sorang anak buah kitorang menyambut hari jadi kitorang. Braper dah usia I? Biarlah rahsia. Hehe...
Terima kasih kepada korang yang hantar Birthday wishes kat FB, termasuk Ben!
*Pengsan*









