Gambar hiasan ikhsan dari Google.
Korang pernah tersepit lift? I pernah. Tapi I bukan nak ceritakan kisah bagaimana I tersepit lift. Bikin panas jer kalau dikenangkan kisahnya. Hehe...
Ini cerita hujung minggu lepas kat apartment I lah. Masa tuh I sedang berjalan kaki menuju ke lift untuk balik ke apartment selepas lunch kat restoran di bawah. Kira-kira 15 meter di hadapan ada satu couple Cina yang juga sedang menuju ke lift sambil menarik beg troli masing-masing. Kat belakang I pula ada sorang lagi mamat Cina yang berbadan agak besar berjalan mengekori.
Apabila I sampai kat lift, couple tadi dah masuk lift, tapi beg troli mamat tuh tengah tersepit kat pintu lift! Terkial-kial mamat tuh menarik-narik begnya. I cepat-cepat tekan butang lift. Pintu lift pun terbuka lah balik.
Mamat tuh tersenyum malu sambil dengan segala upayanya menarik beg trolinya masuk ke dalam lift. Macam berat jer beg dia.
I tengok lift indicator menunjukkan bahawa lift telah penuh tapi kat dalam lift cuma ada couple tadi dengan dua beg troli. I rasa pelik. Macam mana lift yang sepatutnya boleh memuatkan lapan orang ini boleh jadi penuh dengan hanya dua orang penumpang?
Mamat yang kat belakang I tadi laju jer memasuki lift. Kira potong Q lah. Hehe... Tapi I masih tercegat kat depan lift.
"Masuklah", mamat yang begnya tersepit tadi menjemput sambil menahan pintu lift.
"Lift dah penuh", I menjawab dengan muka bengis.
"Hah??? Biar betik???" Lebih kurang begitu lah respons mamat tuh dalam bahasa Kantonis.
Mamat yang berbadan besar tuh pun seakan tak percaya. Dia melangkah keluar daripada lift, tengok kat lift indicator, dan tersenyum. Dia kata dia nak naik tangga jer lah... lalu berlalu pergi.
"Dalam tuh jongkong emas ker?" I berseloroh sambil menuding jari ke beg troli mamat tuh.
Maka berderai lah kitorang ketawa. Pintu lift pun tertutup lah...
Seriously, I suspek dalam beg diorang memang berisi jongkong emas! Kalau tidak, masakan lift boleh jadi penuh dengan hanya muatan dua orang dewasa dan dua beg troli yang kecil? Takkan lah berisi batu pula, ye tak?
Pssst! Korang suka cerita lift? I ada dua lagi cerita pasal lift:
