Babab.net

Friday, February 24, 2012

Kena ragut!

Sekadar gambar hiasan.

Bukan I kena ragut la... mintak dijauhkan.

Baru jer sebentar tadi I menyaksikan dari opis I sorang mamat Cina kena ragut oleh dua orang mamat Melayu di atas motorbike.  I rasa diorang tak berjaya sebab beg galas mangsa (mungkin mengandungi laptop) masih tersangkut di bahunya meskipun mangsa terjatuh.  Mangsa cuma mampu menjerit dan cuba mengejar peragut, tapi peragut dah memecut ke lorong belakang deretan kedai di situ.  Mangsa hanya mengejar dua tiga langkah tapi membatalkan hasratnya, mungkin kerana peragut tak berjaya meragut begnya.

I pun tergamam kejap... tak ingat pulak nak cam nombor plat motorbike peragut.  Ish...

Tapi berdasarkan kepada arah peragut itu lari, I rasa diorang masih bersembunyi di belakang deretan kedai tersebut sebab diorang hanya boleh keluar di hujung yang satu lagi yang pada ketika kejadian, turut disaksikan oleh beberapa orang yang sedang lepak-lepak dan berbual di sana.  I memerhatikan buat seketika, tapi diorang tak keluar-keluar jugak dari hujung sana.

Hmmm... lepas nih kena berhati-hati apabila meninggalkan opis nanti.  Kena perhatikan kiri kanan depan belakang semasa berjalan ke arah kereta...


7 comments:

  1. malang tak berbau ...jaga2 takut mereka guna senjata ..

    ReplyDelete
  2. I pernah kena ragut. Orang yg meragut tu lari dari belakang rampas beg i dan terus pecut lari laju2. I tergamam lama, lepas 30 saat baru nak menjerit mintak tolong. Haha tapi I puas hati sebab dalam beg tu ada buku teks sejarah form 5 je. Hehe

    ReplyDelete
  3. @aida-myasara
    Yup... I ingat nak gi belakang kedai nak tengok kalau-kalau diorang masih bersembunyi kat situ. Tapi bahaya jugak rasanya... kang tak pasal-pasal kena tikam ker apa ker...

    ReplyDelete
  4. @Yuslia Suhana
    Hahaha! Padan muka pergaut tuh! Mesti malu giler... :-p

    ReplyDelete
  5. haish x habis2 dengan kes ragut ni... ingatkan orang dh x meragut dh sekarang.. mungkin dh terdesak sangat a tue..

    ReplyDelete
  6. @MawardiYunus
    Uish... mana mungkin orang tak meragut lagi? Itu perkerjaan diorang tuh...

    ReplyDelete
  7. oohhhhh pernah gak nampak peragut bag tangan ni... tapi tak lehhh nak tolong lahhh kesian rasanya...pasal naik kereta jalan tengah jem pulak ... perempuan tu jatuh tersungkur berdarah lutut...

    isshhh nasihat pada wanita diluar sana nak keluar tak yah lahhh bawak hand bag... bawak dompet kecik sudah lahhh...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy pasang flash brake light

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FREE ad space here for 3 DAYS!

Jejak kasih #2